Salam Kokot untuk Ibu dan Bapa Pengantin SAHAJA 0
Untuk pengetahuan semua, salam kokot yang kita bagi masa perkahwinan, adalah hanya untuk parents kita, atau ibu bapa kita. Itupun kalau mereka yang banyak keluar duit waktu perkahwinan dilangsungkan.
Bila sudah dapat di tangan ibu dan bapa kita, ia terpulang kepada mereka untuk memberi kepada anak dan menantu mereka, atau simpan di ASB mereka.
So, ada faham?
Ramai orang kebanyakan tak faham apa itu “Salam Kokot”, “Hadiah untuk Pengantin”, “Salam Keruk”, “Salam Kaut”. Semua ni berbeza maksud bukan pada perkataannya sahaja, tetapi dari segi istilah juga.
HANYA HADIAH UNTUK PENGANTIN ADALAH UNTUK PENGANTIN KEDUA-DUANYA SAHAJA.
Yang lain-lain, segala jenis salam-salam tu, itu adalah UNTUK MOMMY AND DADDY kita!
Ramai juga, tidak faham apa kegunaan dan kemestian, ataupun kerelaan ataupun kepastian tentang KEPENTINGAN SEGALA SALAM tu.
Lainlah kalau segala salam tu, HANYA DITUJUKAN KEPADA PENGANTIN. Itu memang untuk pengantin. Er, korang faham ke tak ni? Kalau tak faham, boleh tanya ibu dan bapa yang SUDAH BERPENGALAMAN dengan segala-gala adat orang melayu. Ya, orang melayu, bukan orang jawa atau indonesia, atau bugis.
Lain asal, lain adatnya.
Sekian, noktah!
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion




subscribe to comments RSS
There are no comments for this post