Kesukaan Semasa Blog Hopping 4
Tajuk ini dicetuskan dalam forum http://gengblogger.com bertajuk BILA BLOG WALKIN.. APE YG KAMU SUKA@XSUKA dan ia sangat menarik. Ia dicipta oleh seorang blogger bernama online Qiey. Ini adalah jawapan bagi soalan tersebut. Ewah-ewah-ewah… kat blog sendiri nampak. Ini adalah jawapan yang dibuat oleh saya sendiri, ikoko.
1. Paling aku suka, banyak gambar, tapi tak suka yang terlampau banyak sgt kat display entry in front page… biar 3 pun dah cukup…
2. Word verification untuk ruang komen pun agak annoying. Please stop it! Or you must change to http://www.wordpress.com or build a website with your own hosting and domain . Jadi bleh guna akismet spam, security plugins semua. Tak payah nak susah2 enable word verification.
3. Suka bahasa yang tak terlampau banyak mencarut dan maki-makian. Suka bahasa yang sopan tapi tak membosankan.
4. Suka shoutbox yang tak oldskool. Suka shoutbox yang modern.
5. Suka entry pasal kehidupan yang positif, tak berapa suka kehidupan yang negatif. ewah! negatif2 tu tak perlu cerita sangat kepada public, sebab public tak boleh buat apa pun melainkan nasihat. tu pun kalau penulis nak terima. kalau tak terima, jangan lah nak marah peng-komen tu pula. Itu hak masing-masing untuk bersuara. Jangan pulak si peng-komen tu over terlebih. Memang boleh buat visitor lain jadi marah. Okeh.
Sekian.
Baca reply daripada blogger lain di http://www.gengblogger.com/thread.php?t=1777&c=1.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion
bloghopping juga!
thanks flying pixel sebab fly ke sini..
camne shoutbox yg oldskol dgn shoutbox yg moden tu? tgk cam sama je sume
old skool shoutbox – takleh nak reply-reply
new skool shoutobx – boleh reply bagi setiap shout yang member kita buat.