Demam Lagi 0
Semalam aku demam sampai terasa nak pitam. Sampai aku terpaksa mengajar sambil duduk dan memperlahankan suara. Asal berdiri je rasa nak rebah. Rasa macam nak melayang gitu.
Pagi tadi punya hal pula, berlaku satu lagi tragedi. Alhamdulillah aku tak rebah. Nasib kaki je luka. Luka? Bukan luka dah namanya kalau terkoyak bahagian tembam bawah kelingking. Pergh! Aku nak tengok aku punya jari kelingking pun boleh takut dah. Ahahahahaha.
Hantaran dah bayar dah, so takde nak decrease hantaran ke hape ekk~!! Ekekekekekke. Tapi tu lah kan, macam terbatas je nak buat apa pun hari ni. Plannya nak pergi Celcom, Maybank, dan sewaktu dengannya. Tapi tak dapat. Demam dah hilang, tapi bila tiba waktu petang dalam pukul 3.00pm boleh pula demam semula. Terima kasih Ya Allah sebab selamatkan aku daripada jatuh tersungkur dan menghempap dua orang pelajar. Alhamdulillah aku cuma luka di kaki sahaja. Hati tak luka langsung! Akakakakakkakak! Hati riang gumbira bak digeletek-geletek. Ewah! Ok. Tetiba nak melawak sengal!
Ahahahahah.
ikoko: Undilah Shahir walau aku diri sendiri pun malas nak undi. Uhuk! Memang tetiba sangat nak melampuhijaukan Shahir.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion, haluha




subscribe to comments RSS
There are no comments for this post