Mengumpul Gambar-gambar Lama 0

Kawan-kawan SMK Tun Aminah
Aku nak hapuskan semua gambar di Flickr.com. Maka sebelum aku delete semua gambar, adalah lebih baik aku simpan beberapa gambar jadikan kenangan abadi. Kenangan gembira zaman persekolahan.
Gambar kat atas ni adalah gambar masa reunion aku dan kawan-kawan SMK Tun Aminah.

Mock Meeting di UiTM Segamat
Gambar kat atas ni adalah gambar aku dan kawan-kawan selepas Mock Meeting di UiTM Segamat. Kami dimestikan untuk membuat satu meeting ala-ala mini syarikat. Kemudian, tak berapa lama lepas tu, kami pula dimestikan untuk menghadiri Mock Interview.

Persatuan Sekolah Rendah - Majlis Berbuka Puasa
Ni adalah gambar semasa kami, pelajar-pelajar Program Pendidikan Sekolah Rendah berbuka puasa bersama-sama. Tarikh bila pun aku tak ingat.
ikoko: Mengimbau kenangan manis semasa di SMK Tun Aminah, UiTM Segamat, dan UPSI. Alhamdulillah ada sekelumit kenangan manis yang boleh aku buat untuk jadikan kenangan berharga buat diri aku sendiri
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion




subscribe to comments RSS
There are no comments for this post