Bidang Pengiklanan : Seronok 10

Nurul
Seriously. Memang aku gemar buat advertisement. Tak kisah jika ia tiada grafik sekalipun. Cumanya ia akan menjadi lebih kencang bila disertakan dengan gambar, grafik. Sebab aku sendiri, jika tengok iklan, aku akan menilai grafiknya secara peribadi. Kadang-kadang, simple dan maksudnya sampai secara terang juga adalah lebih baik daripada iklan yang panjang berjela masanya, tapi hilang punca. Akhirnya, apa yang nak disampaikan tidak dapat diterima dengan baik oleh pelanggan atau bakal pelanggan kita.
Ewah. Seriously. Memang aku tidak belajar dalam bidang pengiklanan. Yang aku tau sikit-sikit, tentang marketing strategy. Itu pun aku lupa. SWOT analysis pun aku lupa maksudnya apa. 4P. Ingat lagi tak? Planning, er.. lagi 3 apa? Lupa juga. Memang kena rujuk buku selalu. Sebab aku memang sangat pelupa. Otak aku bukan buku, plus otak aku bukan juga pantas macam Mr.Google. Haha. Ok. Tengok, asal aku tulis panjang-panjang je, aku terus hilang punca plus merepek meraban lebih. Huhu.
Ok fine. Sebenarnya, aku nak kongsi sesuatu. Kita memang suka sesuatu perkara tu. Kadang-kadang ia sebagai hobby di masa lapang. Belum pernah lagi untuk serious dalam setiap hobi yang aku ada. Sebabnya. Aku pernah menilai sesuatu. Aku memang suka technology yang sangat pantas, yang kita terpaksa ikuti dan cepat mengambil tahu supaya tidak ketinggalan info. Bila aku suka pada satu-satu subjek, aku akan belajar subjek tu berulang-ulang kali.
Contoh: Pensyarah aku sendiri dah bagi guideline, baca ini itu ini, aku jadi terkesima kadang-kadang. Tak perlu baca satu buku ke untuk jawab peperiksaan? Haha. Skema kan? Memanglah, pada dasarnya, kita nak kalau boleh, jawab semua soalan dengan betul dan tepat. Tapi aku lebih suka belajar sesuatu perkara tu by Heart. Dengan sungguh-sungguh. Tanya pada kawan-kawan lain yang belajar subjek yang sama, mungkin mereka ada kertas-kertas soalan yang kita boleh jadikan ia latihan untuk diri kita sendiri. Kau nak baca tonggang terbalik, terpulang juga.
Ikut selesa. Ada juga yang lebih pentingkan tertib semasa belajar, senang masuk katanya. Itu juga ada benarnya.
Kita akan mudah faham dan lebih tenang jika kita jaga adab semasa membaca.
Ok. Berbalik semula kepada Bidang Pengiklanan. Aku suka bidang pengiklanan. Kadang-kadang rasa menyesal sebab tidak teruskan pengajian dalam bidang Marketing. Tapi itulah, kita mungkin tak akan jadi scorer bila kita belajar apa yang kita suka. Apa yang kita dah lalui, itulah yang terbaik untuk kita dalam keadaan kita tak sedar perkara tu. Terima kejayaan dan kegagalan kita dengan tenang, dengan seadanya.
Apa yang boleh aku buat untuk merealisasikan impian aku, atau hobi aku, ialah, dengan mengiklankan apa yang aku suka, di blog sendiri. Aku macam tak berapa yakin yang aku akan jadi superb pandai kalau belajar dalam bidang yang aku suka. Jadi, mulai sekarang, aku mesti dan terus menyukai apa yang aku sandang. Bidang pengiklanan, dan lain-lain minat aku, akan aku jadikan sebagai hobi dan perkara yang aku buat di kala aku inginkan kepuasan.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: advertisement, Emotion, iklan




Dari minat dan kesukaan itulah biasanya yang akan membuahkan kejayaan yang lebih besar.
Semoga ina akan meneruskan minat dan menambahkan ilmu dalam bidang yang ina minati itu.
terima kasih eizil sebab doakan..
Yer btol2. yang penting passion. sbb kalau kite passionate kat something mesti boleh nyer. x semestinyer kene jadikan career, sekadar hobby je pun tape kan.
yap yap.
huhu. tu pasal kat blog aku, kejap pasal ni, kejap pasal tu, pastu bleh plak category berderet. haha. cam sengal sikit. but i love it.
aku pn dh lupa 4p la swot la.. bkn pkai sgt time keje
Logo Piala Dunia 2014 Di Brazil
uhukz. tu ah kan, bukan guna sangat masa kerja…
tapi kalau kita nak apply kerja ke apa, benda tu bleh dijadikan panduan.
nak apply pada kehidupan seharian pun boleh. ye tak?
minat yang penting tu kan…
ha ah..
minat yang penting. at least kita tahu, kita minat apa.
saya pun minat untuk letak iklan
tapi kadang2 takde modal la plak
tu yang buat potong sebenarnya hehe
tu lah pasai.. takpe ah..