Article written

  • on 20.07.2010
  • at 07:21 AM
  • by ikoko

Ikan Patin Masak Tempoyak 3

Jul20

Bahan-bahan
1 atau 2 ekor dipotong 4 bahagian.
Cili Padi – ditumbuk / dikisar- sederhana banyak, jangan terlampau banyak nanti nak makan susah.
1 mangkuk – cara nak buat , isi durian, dilenyek-lenyek, diletak kunyit dan garam sedikit, kemudian diperap masuk dalam peti ais.
1cm kunyit – ditumbuk / dikisar
Daun Kesom – mesti ada!
Bunga Kantan – dibelah dua- optional, ada lagi bagus sebab menyedapkan rasa.
Garam – secukup rasa
Gula – sedikit, jimat gula eh. Gula dah mahal sekarang.

Cara-cara
1. Panaskan air 3 cawan dalam periuk.
2. Selepas air mendidih, masukkan tempoyak dan cili padi.
3. Secara perlahan-lahan, masukkan ikan patin.
4. Taburkan daun kesom dan bunga kantan ke dalam periuk.
5. Kacau perlahan-lahan, jangan kasar-kasar takut ikan patin dalam tu hancur. Huhu.
6. Masukkan gula dan garam, secukup rasa.

*Terima kasih kepada Mak Encik, makcik Hubby dari Pekan, Pahang atas resepi yang sedap giler sangat-sangat ni!!!

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , ,

subscribe to comments RSS

There are 3 comments for this post

  1. Syafrizal says:

    sedapnya masak ikan patin…
    lama betul tak makan

  2. [...] ni nak buat lauk ikan patin masak tempoyak. Tak petang ni pun, petang esok boleh buat. Janji nak buat. Memang sangat suka sejak rasa kat rumah [...]

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com