Kari Ayam Tanpa Santan 0
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 biji tomato – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
2 paket kecil serbuk kari jenis Babas
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
2 batang lada merah dibelah dua
garam secukup rasa
gula sedikit
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, dan kacau rata-rata.
3. Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit.
4. Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit.
5. Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.
*Adaptasi dari Aisha’s Kari Tanpa Santan. Untuk menggunakan resepi asal, bolehlah pergi ke link http://resepi.mesra.net/Detailed/5062.shtml kerana ada beberapa bahan yang tidak disertakan dalam resepi ini atas sebab-sebab tertentu (sebenarnya masa tu tak cukup bahan, jadi aku main buat je guna apa yang ada kat rumah. )
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: ayam kari, kari, kari ayam, kari ayam tanpa santan, kari takde santan, kari tanpa santan, kari tiada santan, kari tidak menggunakan santan, Lauk, Resepi




subscribe to comments RSS
There are no comments for this post