Mimpi Makan Coklat 2
*credits to http://www.easter-eggs.org.uk/hand-decorated-mini-easter-eggs/
Sakit perut cirit-birit hari ni. Memang lesu sangat walau baru dua kali pergi tandas hari ni. Malam tadi satu kali.
Pagi tadi bangun lewat, tau-tau bangun tidur, muka berpeluh. Tak larat sangat. Ntah tengah tidur tahan sakit perut agaknya. Ahahaha.
Lama benar tak buang air besar. 3 hari gitu. Ntah perut ni nak balas dendam kat aku gamaknya, pergi bantai buang habis-habisan sampai takde apa dah nak keluar.
Petang, tertidur lagi. Kali ni siap dengan mimpi. Mimpi makan coklat yang ada caramel filled. Pergh! Rupa coklat tu macam kat atas ni tapi lagi cantik coklat dalam mimpi tu. Dalam mimpi tu, banyak kali aku buka peti ais, tutup peti ais sebab nak ambil coklat tu. Haha. Sambil tidur, sambil kunyah-kunyah. Penyudahnya aku terjaga dari tidur, gelak-gelak. Ahaha. Terus rasa nak update blog, tulis pasal mimpi ni.
Dalam mimpi pun jadilah makan coklat. Alam betul, serious aku malas nak makan coklat. Karang ada gigi-gigi lain yang sakit pulak. Ni dah 2 gigi sakit, sampai aku tak lalu makan terus. Nak kunyah macam apa je. Makan apa-apa je serious rasa susah sangat nak gigit, terpaksa gigit hati-hati, agar gigi aku tak sakit.
Coklat ada banyak dalam peti ais. Ada satu masa dulu, aku pergi merapu beli coklat ikut suka hati banyak-banyak. Tapi tak makan pung~. Ahahaha. Beli je lebih. Huhu. Ni harini rasa macam nak makan sup atau bubur je. Memang nak kibar-kibar bendera putih dengan sakit perut ni.
Memang dah berbulan-bulan tak lalu makan. Resdung bagai, nanti akan refer pada bahagian ENT. Alhamdulillah hidung dah tak meragam sangat.
ikoko: Bersyukur dengan nikmatnya. Ada hikmah dengan setiap dugaan yang kita lalui.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: caramel, caramel chocolate, chocolate, cirit-birit, coklat, Emotion
hehe siap mimpi makan coklat lagi
gila la… takpe.. makan elok2…
kalau tak nak makan cokelat, bila beli sila post ke rumah eizil. hehehe