Cara Menangani Stress Siri 2 4
*Gambar dari http://www.twolia.com/blogs/daily-beauty-break/2009/04/17/stress-free- beauty-scandle-body-massage-candle/
Merujuk kepada entry yang aku pernah buat sebelum ini, iaitu “Cara Menangani Stress“, rasa seronok pula bila baca entry tu berulang kali. Manusia memang pelupa, termasuk aku. Peringatan yang aku pernah baca, pernah tulis, tapi aku sendiri lupa. Terima kasih untuk Kak Zaiton Salimon atas cetusan idea untuk entry tersebut.
Bantu sesiapa saja, gembirakan sesiapa saja, beri semangat pada sesiapa saja. Anda akan perasan fikiran Anda berubah menjadi positif bahkan menjadi semakin positif dari sehari ke sehari.
Kita tak boleh merubah sesuatu dalam diri kita secara mendadak.
Boleh tu memang boleh tapi kesannya sekejap saja. Biar perubahan berlaku secara bertahap supaya kesannya mendalam lagi berkekalan.
(Disampaikan oleh ShueQry dalam entrinya bertajuk Motivasi diri – 3 tips bagaimana untuk mengurangkan fikiran negatif [bahagian ketiga] )
Aku search “kata-kata untuk kurangkan stress”, dan jumpa satu entry ni, bertajuk Motivasi diri – 3 tips bagaimana untuk mengurangkan fikiran negatif [bahagian ketiga]. Terima kasih buat penulis entry tersebut (ShueQry). Bagus untuk bacaan kita agar kita lebih bermotivasi.
Senarai perkara yang mungkin boleh atasi stress dalam diri kita:-
1) Dekat pada Allah, seperti yang kita memang dah lama tahu, bila dekat dengan Allah, memang kita akan rasa tenang. Banyak perkara kita boleh buat. Perbaiki solat sehari-hari, solat sunat, berpuasa, dan banyakkan baca al-quran.
2) Rapat dengan keluarga. Kita akan lebih rasa tenang. Grab the happiness.
3) Cukupkan waktu tidur. Masa rehat kita yang paling ideal, adalah waktu tidur kita di waktu malam. Hargai waktu tidur itu, dan manfaatkan sebaik-baiknya.
4) Jika kita rasa macam orang lain mengata tentang kita, just relax, dan kata pada diri “Mereka tiada masa untuk berfikir dan bercakap tentang hal orang lain, mereka juga ada masalah sendiri yang perlu diselesaikan, mungkin mereka sedang berfikir untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri, lantas aku salah anggap. Astaghfirullahal ‘aziiim.”
5) Tidak perlu fikirkan apa yang orang lain fikir, sebab ia adalah perkara yang membuang masa dan menyebabkan otak fikiran kita ni tiada ruang untuk fikir tentang hal kita sendiri.
ikoko: Sekadar mahu menjana minda. Macam tengah cas kepala.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: motivasi, negatif, positif, Prihatin, stress, tekanan





Jika kita sentiasa berfikiran positif, perkara yang positif juga yang akan menemani kehidupan kita. Ini pesanan yang seringkali diulang oleh semua mentor-mentor eizil.
Tulah. Hubby selalu pesan pada saya berulang-ulang kali.
Ayat yang sangat keramat tu.
Yup, tuh yang teringin sangat nak buat: Tidur yang cukup.
Sekarang ni asyik tak cukup tidur jer, huhu.
Terima kaseh untuk tips kali ini ya!
samalah kita… tidur asyik tak cukup je kan… haiyo.. tp skrg ni, saya asyik tidur siang je. tak baik utk kesihatan.