Jerawat Pasir 2

Kucing Debab Comel - Natalie Dee
*Gambar dari http://www.nataliedee.com/archives/2010/Jul/
Muka sudah mula berjerawat. Jerawat pasir namanya.
Itu tandanya apa?
Tandanya kenalah potong kuku. Hari ini hari Isnin, jadi ia adalah waktu yang paling sesuai untuk potong kuku. Sunat kaedahnya.
Baiklah, mari kita berniat sunat potong kuku hari Isnin, ok? Mudah-mudahan ia tergolong dalam ibadah menjaga kebersihan diri.
Kenapa mesti potong kuku? Sebab banyak perkara yang kita buat, menggunakan tangan, dan bila kuku kita panjang, kuman-kuman akan masuk ke dalam kuku dan beranak-pinak di dalam kuku. Ewah! Macam psiko pulak ayat ni. Haha.

ketip kuku, nail clippers
*Gambar dari http://thebsreport.wordpress.com/2009/03/14/prisoners-used-nail-clippe rs-to-escape/
Kemungkinan kuman yang kita mungkin lupa atau tidak perasan :-
1) Semasa kita membelai kucing peliharaan di rumah, atau mana-mana street cats, atau kucing di rumah mak kita.
2) Semasa kita melakukan kerja-kerja rumah
3) Apa jua kerja yang menggunakan tangan, jari dan sebagainya.
Pesanan paling ringkas, walau apa pun keadaan kuku anda, tolonglah basuh tangan dahulu sebelum makan, melakukan ibadah harian, sebelum memasak, dan juga sebelum menyentuh kulit muka yang gebu dan comel serta mungil itu.
Jadi, takdelah membazir banyak duit untuk kulit muka. Huhu. Lebih baik mencegah daripada mengubati.
ikoko: Nak cari ketip kuku sat, naaa~
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Tags: Emotion, jaga kebersihan, jerawat, jerawat pasir, menjaga kebersihan, Potong kuku
Nasihat yang bagus bagi mereka yang degil nak potong kuku, huhu
uhuk… kadang2 bukan degil, tapi terlupa sebab jarang belek kuku sendiri. tau2 dah panjang. uhuk!