Apr24

Masa ni Damia baru berumur 2 hari. :)
Pejam celik, lagi 12 hari je nak berpantang. Yahuuyabedaabeduuu!!! Tapi, masih tak dapat pakai bengkung walau dah habis berpantang (Aku tahu ada sesetengah orang, dah pakai bengkung yang tak penuh; di bahagian perut je. Aku dah cuba. Tapi, keadaan aku sangat sakit masa tu. Jadi aku stop). Masih tak dapat pergi gym to lose the weight more. Empat bulan lepas ni, baru boleh pergi gym dan berusaha keras. T_T It’s ok. Mari nangis. Bersalin ikut tingkap, jadi kena sedar diri. Ok. Nangis lagi. T_T
continue reading »
Tags:
Emotion
Apr20

Kakiku...
ikoko: Nak bagi ada words juga boleh? Ahahaha. What is Wordless Wednesday?
Tags:
Emotion
Apr19
Ramai aku tengok, beli diapers jenis Drypers. Oh ye, siapa nak dapatkan Free Sample Drypers boleh pergi ke http://www.drypers.com.my.
Antara Drypers dan Petpet (setakat ni yang baby Damia pernah pakai), aku lebih sukakan diapers jenis Petpet. Sebab pelekat dia best kot. Kiranya, selepas bersihkan Damia, pelekatnya still boleh guna lagi, jadi takdelah terbarai diapers yang dah guna tu kat tong sampah. Huhu.
continue reading »
Tags:
Emotion
Apr19
Waktu berpantang, memang tak boleh minum air banyak-banyak. Nanti perut kembung. Walaupun air tersebut adalah air yang boleh diminum oleh orang berpantang.
Contohnya, petang tadi, aku baru minum dua mug air kopi-O panas. Beberapa minit lepas tu, perut aku terus kembung. Aiyo.
Mak aku ada pesan, kalau haus sangat, minum air suam bercampur madu. Tak perlu banyak, dalam separuh mug. Lepas tu confirm rasa haus hilang. Aku dah pernah cuba.
ikoko: Waktu berpantang ni ler aku sibuk ambil tahu tentang berpantang bagai. Kan ke bagus kalau berpantang ada buku kod undang-undang. Akta 2011 : Pantang Larang Orang Bersalin. Ewah.
Tags:
Emotion
Apr12
Pagi tadi, aku gagahkan diri pergi siapkan Surat Akuan Sumpah untuk hal-hal perlantikan jawatan aku tu. Hari ni masuk hari ke-20 aku berpantang (24days left!) Selagi tak siapkan hal-hal untuk perlantikan jawatan tu, selagi tu tak keruan. Tinggal nak buat medical check up je. Harap minggu ni juga dapat buat medical check up. Amiiin. Bila dah siap, baru rasa lega sikit. Oh ya, mak yang drive, bawakan aku ke situ. Sementara aku settlekan hal Surat Akuan Sumpah tu, mak jagakan Damia kejap dalam kereta. Dia tidur masa tu.
continue reading »
Tags:
Emotion
Apr12
Aku upgrade wordpress aku ke version 3.1.1. Lepas je login ke dashboard, tiba-tiba keluar pop-up, minta username dengan password. Aku klik cancel, pastu keluar lagi pop-up, suruh isi lagi username dengan password. Dah kenapa, kan?
Aku tengok kat bawah, ada banyak-banyak link silih berganti. Sabar je lah kan.
Then aku klik satu persatu features plugin yang ada. Maka, aku dapat detect, “Meet Your Commenters” plugin puncanya.
Maka, terpaksalah aku ucap “Goodbye” pada plugin ni.
Tags:
Blog Addicted
Apr12
Orang lain agaknya dah lama update Mozilla Firefox masing-masing. Aku rupanya still pakai yang version 3.6.13. Kih kih… Pagi buta ni baru nak update. :p
Tags:
Warez
Apr12
Dari sehari ke sehari aku nak update blog, tapi makin nak update, makin takde idea. Hari ni kena paksa juga diri untuk update blog. Bukan paksa pun, terpaksa pun bukan. Korang pernah rasa macam ni tak? Korang rasa nak update, tapi taktau nak update apa. Nak mula dari mana. Ke aku sorang je rasa macam ni? Ye lah, hampir 7 bulan blog tak ber”update”. Sampai dah taktau nak share apa dalam blog. Cara nak tulis pun dah lupa. Huuuuu…
continue reading »
Tags:
Emotion