Archive August 2011

Roti Jala & Kari Ayam 0

Aug28

Kari ayam kali ni aku buat caranya lain sikit. Masih tanpa santan. Tapi guna susu rendah lemak. Tambah 3 ketul kiub ayam. Ada tambah garam dan gula sikit. Tomato tiga biji supaya rasanya lebih seimbang.

Nak nampak kencang plus sedap, aku letak lada hidup merah dan hijau. Dipotong bunga.

Anak saudara yang tak suka pedas pun boleh layan masakkan kari aku kali ni.

Rasa bahagia yang sangat. Terima kasih, Allah.

//Dear, I love you more and more and more…

image

Posted from WordPress for Android

Tags:

Seminggu Cuti Raya 2

Aug23
Damia Sofia before 5 months

Damia Sofia before 5 months

Dengan kaedahnya yang cuti sangat limited kali ini, iaitu seminggu. Ramai cikgu tidak senang duduk gamaknya. Fikir tentang anak-anak murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR seminggu selepas cuti raya.

Ini bermaksud, masih ada seminggu sahaja lagi untuk persiapan terakhir selepas naik cuti raya. Aku yang takde kena-mengena dengan murid-murid UPSR pun turut rasa kegelabahannya (sila semak kamus dewan, ada ke tak perkataan kegelabahan? )

continue reading »

Tags:

Slurp untuk Ikan Patin Masak Tempoyak 0

Aug21

Petang ni nak buat lauk ikan patin masak tempoyak. Tak petang ni pun, petang esok boleh buat. Janji nak buat. Memang sangat suka sejak rasa kat rumah makcik hubby dulu tu.

Tahun ni raya memang unpredictable. Taknak rancang apa-apa, yang penting, nak jadikan raya ni raya yang sangat seronok. Amiiin.

//Andai aku ikutkan hati, maka habis semua emosi aku lepaskan di blog, lepas tu mesti ada yang kecil hati tanpa aku duga. Aku tak maksudkan orang-perseorangan. Cukup juga peringatan untuk diri sendiri.

Tags:

Tunjuk Aku 0

Aug20

Ya Allah…
Tunjuk aku jalan yang lurus…

Ya Allah…
Bila semuanya dah dipermudahkan…

Ya Allah…
Hanya padamu aku memohon…

Ya Allah…
Tunjukkan kami jalan yang lurus…

Ya Allah…
Kuatkan hati kami, semangat kami…

Ya Allah…
“Happy” kan diri kami…

Ya Allah…
Dapatlah kami berpesan-pesan di antara kami…

//Tamat sudah Level 1 : Menyusu Badan atau Susu Formula, ingin kutulis, tapi takpelah. :)

Tags:

Nyamuk dan Lalat 0

Aug20

Allah jadikan nyamuk dan lalat, supaya kita berfikir.

*Credits to Fahmee

*Credits also to Mkriza

Tags:

UPSR, PMR, SPM, STPM, & STAM 0

Aug11

Sedap sangat daging bakar ni. Huhu.

TARIKH PEPERIKSAAN TAHUN 2011

UPSR
Ujian Bertulis
13 – 15 September 2011 (3 hari)

PMR
Ujian Bertulis
4-6 Oktober 2011 (5 hari)

SPM
Ujian Bertulis
14 November – 14 Disember 2011 (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
20 – 22 Sept & 27 – 29 Sept 2011

STPM
Ujian Bertulis
21 November 2011 – 15 Disember 2011

STAM
Ujian Lisan
11 – 14 Julai 2011 & 18 – 21 Julai 2011

STAM
Ujian Bertulis
12 – 13 Okt 2011 & 17 – 19 Okt 2011 (5 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.

*Credits to Cikgu Laily dalam Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2011

//Selamat berbuka puasa ye semua~!!!

Tags:

Cinta Kura-kura 0

Aug11

Cinta Kura-kura

Release: 2012
Genre: Romantic Comedy
Director: Nizam Zakaria
Writer: Nizam Zakaria
Cast: Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy 8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana
Language: Bahasa Malaysia

*Credits to http://www.krustudios.com/ckk

Tags:

Tang Tang Tut Keladi We We 0

Aug9

Tang tang tut keladi we we,
Siapa kentut dia ketawa.

:P

Edisi Khas yang disiarkan di TV3 memang buat aku pecah perut tergelak sakan.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kali ni lebih baik daripada puasa pada tahun-tahun lepas.

//Lalali Tamplom~

Ya Allah,
Tenang dan tenteramkanlah jiwa-jiwa kami.

Tags:

“Nanti apa orang kata” 0

Aug5
Mia Daddy Mummy

Mia Daddy Mummy

“Jangan terlalu risau dengan ‘nanti apa orang kata’ kerana apa yang kita lalui tidak sama seperti orang lain lalui. ‘Ukur baju’ di badan sendiri dan usah sesekali terlintas niat di hati ingin menunjuk-nunjuk”.
(Dari Majalah Nur, keluaran Ogos 2011, m/s 8, Hadis & Falsafah, bertajuk “Berkat itu Rahmat”)

Terima kasih Majalah Nur atas nasihat yang banyak. Aku gemar dengan isu yang dibangkitkan dalam Majalah Nur sampaikan terasa rugi bila tak ingat nak beli. Satu kepuasan bila dapat beli. Baca, aku tak yakin aku boleh baca 100%. Uhuk. Aku ni jenis suka baca apa yang aku suka baca. Maksudnya, tak kisah berapa padat pun sesuatu bahan bacaan, aku akan pilih mana yang aku suka. Baru feel. Huhu.

Salam Ramadhan Al-Mubarak ye kawan-kawan. :)

Wassalam.

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com