Seminggu Cuti Raya 2

Damia Sofia before 5 months
Dengan kaedahnya yang cuti sangat limited kali ini, iaitu seminggu. Ramai cikgu tidak senang duduk gamaknya. Fikir tentang anak-anak murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR seminggu selepas cuti raya.
Ini bermaksud, masih ada seminggu sahaja lagi untuk persiapan terakhir selepas naik cuti raya. Aku yang takde kena-mengena dengan murid-murid UPSR pun turut rasa kegelabahannya (sila semak kamus dewan, ada ke tak perkataan kegelabahan? )
Aku pula kena siap-siapkan anak murid aku untuk peperiksaan akhir tahun. Dah makin dekat rasanya. Tarikh, aku masih tak tahu lagi. Kena tanya cikgu lain. Kaki sebelah aku dah gerak-gerak dah, tanda tak senang duduk. Ewah. Apsal aku ni, asyik nak gelabah dan tak senang duduk je kan.
Iya lah, bila dah jadi guru, tanggungjawab berat sangat. Aku tak rasa ia beban, cuma bila aku selalu fikir, mak pak budak-budak ni hantar ke sekolah sebab nak pastikan anak-anak ada perubahan dari segi intelek dan perilaku.
Sebagai guru, aku rasa bertanggungjawab mendidik mereka dari segi dalaman mereka, serta perilaku mereka. Pelajaran dah tentu. Bila nak seiringkan, korang cuba fikir? Satu kelas ada lebih dari 30 orang, di mana kau kena jaga kualiti setiap produk (1 produk:1 murid:1 Malaysia). Ok. Ketap bibir kejap. Bibir bawah je ketap. Tak ke nak sengih pun susah, kan?
Tags: Emotion
Kikikiji cian cikgu.. Xleh ar raya sakan sgt yer hheheeh..
alermak… bagi la kitorang rasa kehangatan raya gaks kan. huhu. takpe2. mengajar tetap mengajar, beraya tetap beraya.