Article written

  • on 21.04.2012
  • at 02:58 AM
  • by ikoko

Blog Terbiar 0

Apr21

Huuu… Lama jugalah dah tak update blog. Update pun selalunya pendek-pendek je. Gambar, lepas tu satu patah dua kata. Kadang-kadang rasa macam dah abaikan minat diri sendiri. Tidak berfokus kepada apa-apa dalam hidup. Aku telah melalui saat begitu.

Aku harap aku boleh perbaiki diri lagi selepas ni. Tahu apa yang aku minat, pentingkan tanggungjawab, dan buat bersungguh-sungguh semua amanah yang diberikan.

Aku taktau nak mulakan dari mana. Huuu.. Cukuplah berfalsafah untuk entri kali ni. Sebenarnya nak beritahu pembaca blog ni (masih ada kah yang setia membaca blog ni?) Banyak perkara yang dah berlaku sejak aku tak update blog.

Aku dahulukan perkara yang paling manis. Akak aku, Linda, baru sahaja mendirikan rumahtangganya pada 7April2012 yang lepas. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar, dan yang paling best, aku dapat rasa Macarons yang digembar-gemburkan oleh para blogger lain betapa sedapnya Macarons tu. Huhu. Nak jumpa di Batu Pahat atau Melaka, memang bercintalah. Kena buat tempahan. Akak aku (Lily) yang order Macarons tu. Memang sedap. Boleh order di http://cutebites.blogspot.com/.

Haiya. Ni aku nak cerita pasal Macarons ke pasal Wedding akak aku ni wei? Huhuhu. Ok ok. Ni aku upload gambar akak.

Gambar Macarons?

Ok ler. Aku nak tidur. Sekarang pukul 3.13am. Pukul 5.30am dah nak mandi dan bersiap pergi mengajar. Deng! Aku tidur berapa jam je ni wei. K k. Log out dulu lah yek.

ikoko : Awal bulan lepas, Damia dimasukkan ke hospital selama seminggu. Influenza B. Alhamdulillah dapat selamatkan awal. Terima kasih Allah. Terima kasih Daddy sebab bertungkus-lumus selesaikan semua. Terima kasih Mama & Abah sebab hampir setiap hari melawat Mia. Terima kasih Mak, walau sakit-sakit, masih datang jenguk Damia. Terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Pantai, Batu Pahat yang buat kerja dengan bestnya. Layanan daripada anda memang Superb!

Tags:

subscribe to comments RSS

There are no comments for this post

Please, feel free to post your own comment

* these are required fields

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com