About 6
Name
Azlina Zabha
Nickname
virtual ikoko / reality ina, az, lina
Born
3th July 1984, Hospital Sultanah Aminah, JB, Johor.
Motto
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Barang siapa percaya kepada Allah dan hari akhirat maka berbicaralah dengan baik atau diam. Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka harus memuliakan tetangga. Barang siapa percaya kepada Allah dan hari akhirat maka harus memuliakan tetamu.” – Sahih Bukhari & Muslim
Education
Tadika Convent, Segamat, Johor (1990)
STAR, Segamat, Johor (1991, 1999)
SK Nong Chik, Johor (1992, 1993)
SRK Laksamana, Kota Tinggi, Johor (1993, 1994, 1995)
SK TUNKU MAHMOOD 2, Kluang, Johor (1995, 1996)
SM Agama Kerajaan Johor (Batch10), Kluang, Johor. (1997, 1998)
SMK Tun Aminah, BP, Johor (1999, 2000, 2001)
Universiti Teknologi Mara, Segamat – Diploma in Banking (UiTM, Batch Jun2002- March2005)
Universiti Pendidikan Sultan Idris – Degree in Education of Primary School (Disember 2005-September 2009)
Describing About Myself
Boleh jadi sangat baik, jika saya ingin. Boleh jadi sangat kurang ajar dalam satu-satu masa, jika dicabar. Suka meminta maaf walau diri tak bersalah. Like I am a loser. Tapi, kadang-kadang mengalah tu lagi best daripada bertelagah tak tentu pasal, marah-marah macam tiada pedoman.
Saya hanya manusia biasa, kadang-kadang, kesabaran tu tidak dapat dibendung sehingga ia meletup sendiri. Setiap perkara yang kita buat, ada limitnya.
Saya boleh jadi sangat friendly, peramah dan berbahasa baik jika saya sangat selesa dengan satu-satu keadaan. Kadang-kadang, bila tidak kena pada waktu, dan rasa tidak selesa, saya lebih suka mendiamkan diri dan buat hal sendiri.
Tidak suka join reunion, entah kenapa. Rasa macam kurang yakin. Malas dan tak suka untuk menghadapi risiko yang bakal diterima. Mungkin orang akan cakap aku sangat berbeza dengan aku yang berumur 13tahun, di mana sekarang ni, aku dah berumur 26tahun. Aku bukannya budak kecil lagi yang tiada pengalaman, yang tidak membesar melalui masa.
Nak menasihati aku memang sikit punya susah. Walau baik macam mana pun bahasa kamu untuk menasihati aku, belum lagi boleh dapat menyedarkan aku. Malah aku mungkin akan menganggapnya, menjengkelkan dan sangat menyakitkan hati. Adalah lebih baik jika ingin menasihati aku, email sahaja pada aku. Atau berkata baik-baik dengan aku, dengan penuh hikmah melalui messenger.
Aku hanyalah manusia biasa. Maaf jika kata-kata dalam blog ni menyakitkan hati kau pada satu-satu ketika. Aku juga diajar berbahasa baik setiap masa. Ibu bapa aku juga tidak pernah mengajar aku bahasa kesat, seperti aku pernah buat dalam blog ni. Tapi sekali-sekala, aku agak sebal dengan arena blogging sekarang ni. Asyik nak menghentam di antara satu sama lain, seolah-olah persefahaman antara diri masing-masing adalah amat tidak penting.
Maaf. Sekali lagi aku mohon. Jika tak ingin maafku ini, kau pergi sahaja tempat lain dan jangan nak menyakitkan hati sendiri di blog aku.
Terima kasih.
Tags: Emotion





Wooo.. Nice drawing. You draw that cat? Ahahah..
ahahaha.. mana tau?
ada la orang bantu sket-sket.
Ahahaha…. Teka teka je..
Tapi comel lah. betol.. tak bohong.. hee
maceh la ek puji.
Mana dapat kata2 Bila kau letih dan hilang semangat…….dan seterusnya ? pernah ke alami hilang semangat yg kronik ? kalau ye cerita dari a-z, sy nk buat penyelidikan,
wah ayat2 kat cni best2 ae..
cam ane la 2 lau ayt popn mst dpt an.an..an…an…..