Dengan kaedahnya yang cuti sangat limited kali ini, iaitu seminggu. Ramai cikgu tidak senang duduk gamaknya. Fikir tentang anak-anak murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR seminggu selepas cuti raya.
Ini bermaksud, masih ada seminggu sahaja lagi untuk persiapan terakhir selepas naik cuti raya. Aku yang takde kena-mengena dengan murid-murid UPSR pun turut rasa kegelabahannya (sila semak kamus dewan, ada ke tak perkataan kegelabahan? )
Petang ni nak buat lauk ikan patin masak tempoyak. Tak petang ni pun, petang esok boleh buat. Janji nak buat. Memang sangat suka sejak rasa kat rumah makcik hubby dulu tu.
Tahun ni raya memang unpredictable. Taknak rancang apa-apa, yang penting, nak jadikan raya ni raya yang sangat seronok. Amiiin.
//Andai aku ikutkan hati, maka habis semua emosi aku lepaskan di blog, lepas tu mesti ada yang kecil hati tanpa aku duga. Aku tak maksudkan orang-perseorangan. Cukup juga peringatan untuk diri sendiri.
Tiada kata yang lebih baik untuk aku ucapkan di sini. Sekadar pandangan dan “ambilan” dari tempat lain. Walau tulisan di sini, aku Si Empunyanya, tidaklah sesempura mana.
Hanya Kalamullah yang boleh menenangkan jiwa di saat Ramadhan Al-Mubarak menjelang. 30juzuk semuanya. Kita boleh pilih mana yang kita suka.
Aku suka Surah Ar-Rahman… Sebab itulah surah yang disuruh oleh Allahyarham Abah untuk membacanya tatkala aku dalam keadaan sangat kelam kabut, nangis tak tentu hala.
Tinta ini bukan ingin membuatkan orang lain nangis tersedu-sedan, hanya sebagai peringatan buat diri aku sendiri juga. Kita hidup tak lama, tup-tup, Allah nak tarik nyawa.
Aku mewasiatkan blog ini, kepada yang sangat layak…