Category Prihatin

Sidang Pertama, Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 0

Mar20

Alhamdulillah, pada pagi rabu yang lalu, iaitu pada 17Mac2010, Sesi 3, aku dianugerahkan sekalung ijazah. Setelah empat tahun bertungkus-lumus mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan. Adalah dalam sekali dua dapat keputusan yang sangat memberansangkan. Alhamdulillah. Itu sudah cukup bermakna buatku.

continue reading »

Tags:

Rancangan Kegemaran dan My-TAG Online Profile 1

Jan26
Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Hari-hari tengok kaca tv sampai nak pecah tv, hari-hari online walau internet hanya berkelajuan 384kbps tapi rasa enjoy sangat, hari-hari fikir apa masakan yang best untuk suami walau pada akhirnya; suami yang bagi pendapat untuk masak apa :)) , hari-hari hanya menyapu je kerja serta basuh baju (ni tak payah cerita pun semua orang buat. hoho. Ah! Nak cerita juga! ), hari-hari pun nak tulis apa yang dilakukan di twitter (pada masa yang sama update status facebook secara auto).

Ahaa! Kan dah melalut sampai semua pun nak cerita, kan? (Ini namanya ayat pengulangan seolah-olah menekankan maksud ayat tersebut). Alerhai. Sebelum aku buat entry ni tadi, berderet-deret tajuk rancangan tv dalam otak untuk dikongsi dengan semua. Hm… Buat masa ni, ada beberapa jenis golongan penonton yang aku dapat kenalpasti. Peminat rancangan tv realiti (reality tv show), rancangan dokumentari, talk show (perbincangan ilmiah), rancangan kartun dan anime, drama baik yang bersiri mahupun stand alone (eh, boleh ke pakai istilah ni?), game show, music dan segala macam lagi. Kalau korang, korang suka rancangan yang macam mana dan apa tajuk rancangan tu?

continue reading »

Tags: ,

Siapa "Witheld"? 13

Dec17

Fuh. Nasib baik aku tak angkat telefon tadi. Tetiba je orang yang bernama “Witheld” call aku tadi. Aku pelik sebab dalam list phonebook aku, tiada nama “Witheld”.

Baru sekejap tadi ni aku search kat google, sebab nak tahu, siapakah gerangan “Witheld” yang call nombor celcom aku. Rupanya “Witheld” ni adalah pihak yang bakal menipu orang yang mengangkat panggilannya. Aku dapat tahu ni daripada “Jangan Tertipu Ganjaran Celcom RM10k“. Alhamdulillah.

So, sesiapa di luar sana yang ada terima panggilan dari “Witheld”, janganlah angkat. Sebab anda akan ditipu oleh “Witheld” tersebut dengan mengatakan yang Celcom ada memberi ganjaran kepada anda RM10k dan dia akan meminta user id serta password. Lol! Kalau menang, dan dia nak transfer duit, minta je lah nombor account. Tak ke tak logic sampai nak mintak user id dan password???!!! So jangan cepat tertipu ok.

ikoko: Tetiba teringat aku pernah kena tipu dekat depan Carrefour. Pergh. Aku sikit punya nerd, boleh percaya dan bagi duit sikit. Balik rumah, dah rasa tak sedap hati. Search nama company berkenaan, memang betul, company penipu!!! Dah takde pun signboard company tu dekat bangunan yang aku pegi tu.

Tags:

Congrates Sob 4

Nov25

22November2009 yang lalu, Sob ada menjemput aku ke hari persandingannya. Tapi aku tak dapat attend. Apa pun, congrates untuk Sob. Semoga bahagia untuk selama-lamanya. :) Sampai keseluruh keturunan Sob bahagia. Amiiin. Aku hanya berpeluang tengok di facebooknya sahaja (Facebook | Nur Sobrina Abd Rahman) . Dia sangat-sangat cantik dan ayu di kedua-dua event (nikah dan bersanding). Tahniah lagi sekali Sob. :)

Tags:

Permohonan Kemasukan ke UPSI 46

Oct19
Kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, silalah beli BITARA ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan buat permohonan secara online di http://www.upsi.edu.my/online.

Sebenarnya tarikh permohonan dah lama bermula, iaitu 11 Oktober 2009 sehingga 25 Oktober 2009. Ada masa lagi ni untuk buat permohonan. Cepat beli BITARA ID dan apply, k.

Lain-lain info boleh didapati di http://www.upsi.edu.my/index.php/bm/kemasukan. Sebarang pertanyaan, sila tanya pada yang berkenaan ok. :) Aku promote je ni. :D

Jadi, selamat sambung belajar. :) Kuatkan semangat. ;)

Tags:

Sejuta Rasa Pengalaman 0

Feb25

Sambal kicap

Sedap dimakan, sedap dilihat, tetapi tak sedap diratah begitu sahaja. Sesuai dimakan bersama sup ayam, mee soto, bihun soto, soto. Yum, yum.

Saya dalam dunia yang fana. Pernah tak kamu teringat kisah-kisah lama kamu, maksud saya, bukannya kamu memaksa diri kamu mengingat kisah lalu tu, cuma, pernah tak kisah-kisah tersebut tiba-tiba terlintas di minda kamu? Mestilah pernah, kan?

continue reading »

Tags: , ,

Barangan Buatan Air Tangan Malaysia 6

Feb23

Negara kita sedang mengaktifkan semula kempen membeli . Berikut merupakan tarikh-tarikh penting kempen tersebut:-

continue reading »

Tags: ,

Kelas Fotografi 260209 3

Jan30

Farol kah ini?

Parit Haji Khasan Jegol. Mencarinya membuatkan aku tersilap jalan. Boleh pula aku masuk jalan Parit Botak. Dah kenapa lah kan? Tu jalan nak ke Benut. Aih aku ni. Konon-konon masa tu hafal map, yakin je masuk jalan ke Parit Botak tu. Uhuhuhu. Ntah kenapa dalam map kat kepala aku, ada nama Parit Botak. Aihshh.. Jadi, terpaksa menghubungi Ayie a.k.a Slax.

Konon-konon faham apa yang diberitahu oleh Slax. Cari sekolah dan masjid. Dah jumpa, tapi macam dah menyimpang jauh je. Ahahha.. :)) Salah jalan lagi. Kali ni tersasar ke depan. Aku dan tunang boleh pula terus masuk jalan ke Segamat sana tu. ahaha :)) …

picture-6161

Lama masa yang kami ambil untuk ke destinasi sebenar. Pukul 2.30pm baru sampai ke destinasi sebenar. Nasib baik kelas belum mula lagi. Kelas dimulakan pada pukul 3.00pm. Cikgu Shazli mengajar tentang cara untuk mengambil gambar portrait, dan banyak lagi teknik-teknik yang lain. Orang lain semua guna DSLR. Huhu. Aku pula hanya bawa camera adik, Canon A570 IS. Ohokz. Encik Ayie, Achmal, dan Cikgu Shazli juga ada betulkan setting camera tu agar boleh di”detect” oleh Set Lighting yang dibawa oleh Cikgu Shazli. Terima kasih banyak-banyak. Antara yang hadir pada hari tersebut En. Shazli, Yana Harmila, Aku & Tunang, Farol Razi, Epul, Azhar Saad, Zairulmiza, Nursyidatulakmal, Safril, Zack, Mohd Shahir Sharom, Mohd Azam, Mohd Razali, Cikgu Awal, Are Team, dan Jai.

picture-6071

Jadi, inilah hasilnya. :p. Tak berapa mahir lagi la. Angle pun tak berapa ok. Patut semuanya vertical, bukan horizontal. Ish.

Nak tengok yang lain-lain, boleh tengok di http://azlina.net/gallery.

Tags: , ,

Mari Belajar Fotografi Sambil Menyumbang 15

Jan20

Idea ini ditulis oleh Mr.Slax a.k.a Mohd Razali pada 20 Januari 2009. Masih fresh lagi idea ni. Ia dianjurkan oleh pihak http://www.ayerhitam.com. Sedikit info mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah seperti berikut:-

Topik: Teknik Asas Fotografi : Potret
Lokasi: Rumah Antik, Kampung Parit Khasan, Ayer Hitam, Johor.
Tarikh: 26 Januari 2009
Masa: 3.00 petang

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Mr. Slax sendiri melalui emailnya iaitu hi@mohdrazali.com ataupun talian telefon bimbitnya 012 – 733 3960.

Saya difahamkan, bagi sesiapa yang lebih arif dan profesional dalam bidang ini, anda dialu-alukan menyumbang idea dan tunjuk ajar pada hari tersebut.

ikoko: Jom belajar. :)

Tags: , , , , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com