Category Cerpen

Edisi Pertama : Tompok Yang Malang 0

Sep26

Assalamualaikum. :) Dalam 40 minit lagi, azan maghrib akan berkumandang.

Alhamdulillah.. semua tugasan sudah pun siap. Tinggal lagi satu sahaja tugasan yang perlu aku belasah. Yosh.. tak lain dan tak bukan, kerja individu, folio pasal Seni bebudak sekolah rendah. Aler, yang ada kolaj semua tu.. pastu yang selit-selit kertas tu, jadi macam kain pelikat tu.. apa lagik ek, cop-cop guna kentang tu.. aaa. tu la yang kitorang kena buat. Due date minggu depan.

Oh yer.. kat bawah ni, adalah Cover yang TAK JADI.. tapi aku sangat suka.. cuma tetiba je ada cartoon anime kat tepi tu, jadi macam tak sesuai la kan.. tajuk pun, dengar-dengar bebudak ni cerita, tajuk mesti tajuk yang negatif. whatever la kan. terpaksa hancurkan niat untuk pakai cover ni sebagai cover buku cerita aku tu.

cover.jpg
Cover yang tak jadi. Hmm.. tapi aku suka.. .. apa nak buat kan… em.. nasi dah jadi bubur.. banyak kekangan yang menyebabkan aku tak dapat nak guna cover ni.. dan lagi satu.. aku bleh plak takde idea macam mana nak tukar perkataan tu kepada perkataan “TOMPOK YANG MALANG” … padahal tu je silapnya.. mungkin cartoon anime yang kecik tu yang mematikan mood aku untuk ubah cover ni.. herm…

untitled-3.jpg
adeh.. aku tau aku tak pandai guna adobe.. jadi.. plis jangan gelakkan..

ikoko: aku budak baru belajar, kalau banyak kesilapan.. plis la terima.. dan kalau aku minta tulun ajarkan, plis la ajar okeh, walau perlukan kesabaran yang tinggi bila mengajar aku yang kekadang LAMPI ni.. em.. oh ye.. gambar kucing tu.. kucing, dengan permaidani colour pink.. serta yang lagi satu tu.. yang ada buaian tu.. aaa.. tu aku buat guna tangan ajor.. pastu colour.. dibantu oleh pembantu kehormat dari Kluang.. yeh.. tepuk** tepuk** untuk Mr.Shah. Bab melukis ni aku tak bape pandai sangat.. colour pun tak pandai. hasilnya, jadilah macam yang dalam gambar tu.. yang rerumput poyo tu, aku guna brush tools yang sedia ada dalam adobe photoshop…. aiyo.. ni adalah contoh hasil kerja orang beginner bab Adobe Photoshop; macam aku ni je yang akan buat camtu.. pastu langit tetiba ada daun macam autumn tu.. pun guna brush tools dedaun..

Kisah Kasih Ini, versi azlina dot net 0

Sep10

Pagi ini, indah lagi. Mungkin lebih indah dari semalam. Mungkin juga tidak. Kubernafas lagi. Allah masih beri peluang padaku untuk meniti perjalanan hidup ini. Walau ia penuh duri. Aku akur dengan ketentuanNya. Mungkin itu yang terbaik buatku dan orang sekelilingku. Biarpun tiada siapa yang ingin tahu.

Kaki ini terus menjalankan tugasnya. Ke sana, ke mari. Tanpa henti. Mungkin malam cuma rehat untuk kaki sakti ku ini. Kini kaki ini berlabuh benar-benar bawah meja tulisku ini. Tangan menari hebat di atas papan kekunci ini. Menaip dengan penuh bersemangat.

ikoko: Sila sambung please… ;)

Bless is powered by WordPress, Installed by Installatron. and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com