Category Dr. Hati

Renung Mata Suami 0

Feb6

Aku baru je tiba di Melaka. Sebelum bertolak tadi,singgah di Petronas. Suami belikan air kegemaran kami. Lipton Green Tea.

Dia hulurkan padaku. Aku renung mata dia. Rasa macam nak nangis pula. Padahal setiap hujung minggu jumpa. Dia tenangkan aku. Empat hari lagi kita jumpa lagi.

Aku harap sangat suami cepat-cepat dapat kerja di Melaka. Amiiin.

p/s: Aku lupa nak cium pipi anak ler tadi… Ok. Sekarang aku bertambah rasa nak nangis.

Posted from WordPress for Android

Tags:

“Nanti apa orang kata” 0

Aug5
Mia Daddy Mummy

Mia Daddy Mummy

“Jangan terlalu risau dengan ‘nanti apa orang kata’ kerana apa yang kita lalui tidak sama seperti orang lain lalui. ‘Ukur baju’ di badan sendiri dan usah sesekali terlintas niat di hati ingin menunjuk-nunjuk”.
(Dari Majalah Nur, keluaran Ogos 2011, m/s 8, Hadis & Falsafah, bertajuk “Berkat itu Rahmat”)

Terima kasih Majalah Nur atas nasihat yang banyak. Aku gemar dengan isu yang dibangkitkan dalam Majalah Nur sampaikan terasa rugi bila tak ingat nak beli. Satu kepuasan bila dapat beli. Baca, aku tak yakin aku boleh baca 100%. Uhuk. Aku ni jenis suka baca apa yang aku suka baca. Maksudnya, tak kisah berapa padat pun sesuatu bahan bacaan, aku akan pilih mana yang aku suka. Baru feel. Huhu.

Salam Ramadhan Al-Mubarak ye kawan-kawan. :)

Wassalam.

Tags:

Hujan 0

Jun20

Alhamdulillah…
Rahmat di pagi Isnin…
Pokok dan segala tanaman dapat air…
Haiwan boleh mandi…
Kita boleh rehat sambil basuh baju di rumah…

Alhamdulillah…

image
image

Posted from WordPress for Android

Tags:

Melaka Oh Melaka 0

Jun13

Check-in hotel di Melaka.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
Moga diperkenan doa kami ini.

Posted from WordPress for Android

Tags:

The True Me 0

Jun5

Dear me, thanks for being you
The little baby needs your strenght
As you need yourself
For being the true you

Dear me, thanks for being you
Dear hubby, thanks for being a good hubby and daddy
Dear Allah, thank you for everything
It such a blessing when everything is going smoothly

Go with the flow happily

ikoko: Tiada noktah

Posted from WordPress for Android

Tags:

Facebook dan Twitter, Keperluan atau Perlu Ada? 1

Jun2

Aku akan jawab, perlu ada. Tapi, bukannya keperluan.

Perlu ada sebab ramai manusia zaman sekarang ni; khususnya rakan-rakan dan saudara-mara telah menjadikan medium tersebut sebagai suatu cara untuk kita semua jadi lebih akrab.

Bukan sebagai keperluan, sebab kita masih boleh hidup dengan bahagia tanpa perlu ada kedua-duanya. Cuma mungkin agak bosan.

Sebenarnya, aku hanya nak bagitau yang aku dah pun uninstall application Facebook dan Twitter dalam Android aku ni. Rasa macam agak bosan, jadi aku rasa aku kena reinstall semula dua benda tu.

Eh, bila kita bosan, tandanya bahagia atau tak?

Huhu. Sebenarnya, tu kan perkara normal. Budak kecil pun tahu apa itu bosan. Bahagia tapi perlu ada sedikit hiburan.

Sekadar gula-gula untuk hati.

ikoko:Happy 2nd anniversary my dear hubby.

Posted from WordPress for Android

Tags:

Cara Menangani Panas Baran 1

Feb25

Pemurah 5

Jan11
Bunga Cinta

Kita tak perlu menjadi seorang jutawan untuk bersifat .

continue reading »

Tags: ,

Tentang Orang 5

Apr1

Bila kita tutup keburukan orang lain, Allah juga akan menutup keburukan kita. Majalah Nur menarik hatiku lagi untuk terus membaca setiap helaiannya yang bercetak.

Sabda Rasulullah, “Sesiapa yang menutup kecelaan seorang , nescaya Allah akan menutup keburukan atau celanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Tambahan, Sabda Rasulullah lagi, “Tidaklah seorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya, melainkan dia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Tak banyak, sikit kita mesti pernah melakukan perkara ni. Aku juga mengingatkan diriku bahawa, Rasulullah bersabda, “Wahai kumpulan orang yang menyatakan beriman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih belum meresap ke dalam hatinya. Janganlah kamu mencaci orang ramai, dan jangan pula mengintip keburukan mereka. Sebabnya, sesiapa yang mengintip keburukan saudara Islamnya, nescaya Allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa yang keburukannya diintip Allah, nescaya rahsianya akan didedahkan Allah, sekali pun dia berada di tengah-tengah rumahnya.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah)

ikoko: Sekadar ingatan untuk diri dan semua.

Tags: ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com