Category Dr. Hati

Ramadhan al-Mubarak 0

Sep19

ramadhan.jpg

Selamat berpuasa semua~~!

Tags:

Cara Menangani Stress 79

Aug23

Menurut Smartz, ada tiga cara untuk menangani Stress.

1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.

Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang”. Fikir-fikirlah.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

Pilihlah mana satu cara yang berkenan di hati atau buat ketiga-tiga sekaligus. Sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah bagi rata-rata institusi pengajian tinggi. Mungkin kamu semua perlukan tips ini. :)

Good luck and all the best~!

Tags: ,

Hantaranku Walimatul Urus Kawanku 0

Jun29

Ahhaahaha.. mulanya konon nak buat gimik. Taknak la~! Ni kisah benarnya. Member aku ni naik pelamin 2 Jun haritu. Er, 2 Jun ke 3 Jun ek? Hari Sabtu la yang pastinya. Member aku ni, sekelas dengan aku masa form 4 dan form 5 di SMK Tun Aminah, Batu Pahat. Nama dia Mai.

dscn3489.jpg

Kasut coklat jadi pilihan dua mempelai ini.

dscn3488.jpg

Hantaran jadi tatapan.

continue reading »

Tags:

Mesti dah Hafaz 0

Jun18

Aku pasti, semua dah hafaz surah-surah di bawah ni.

Surah Al-Fatihah.
Surah Al-Kaafirun
Surah Al-Ikhlas
Surah Annas
Surah Al-Falaq

continue reading »

Tags:

Delicious Chocolatier untuk Semua 0

Jun18

Setelah empat tahun berkecimpung dalam dunia blog, aku rasa macam tak pernah beri hadiah apa-apa untuk semua pengunjung yang sudi menjenguk blog aku. Jadi ini adalah sebagai hadiah untuk semua.

Chocolatier Games from Playfirst
Aku mula mengenali dunia Playfirst gara-gara Big Boss Msjbox iaitu, Mr. Junaidix memperkenalkan game Diner Dash 1, 2, 3 di blognya.

Dah lama sebenarnya perhatikan betapa enaknya coklat-coklat dalam preview game tu di Playfirst . Pagi tadi baru teransang untuk mencubanya. Sekali tu aku terbabas serta terlanjur dalam permainan Chocolatier. Betapa aku hanyut dalam lautan Coklat ituh~ Huu.. Permainan ni lebih kurang Diner Dash, cuma lebih adventure. Korang diberi amanah membuka syarikat Coklat, yang resepinya korang kena cari sendiri di serata Dunia, termasuk San Francisco (tempat asal korang dalam game ni), New York, dan banyak lagi tempat. Ada lebih kurang 300 resepi dari banyak negara. huu.. Serious, korang akan teruja main game ni.

chocosmall.jpg
Click for clear view

Silalah download.. Jangan malu-malu. :)


Get your own Box.net widget and share anywhere!

Kat atas tu aku lampirkan dua format Chocolatier. Satu memang direct download. Satu lagi, format torrent. Siapa yang kaki mentorrent tu, bleh la download format torrent tu je. Siapa yang nak belajar guna torrent tu, silalah rajinkan diri anda cari Software Bittorent atau apa jua jenis software untuk download torrent. ( heh.. betul ke ayat aku ni? :P )

Oh yer, dah lepas install tu, korang dikenakan letak Nama dan Key. Korang hentam je letak nama apa pun. Key apa pun, pastu korang akan dapati yang korang tak berjaya untuk main game tu. Jangan risau. Relax. Ikutkan ajer. Pastu. Korang pi kat program semula, click semula pada “Chocolatier” game tu. dan korang dah bleh main dengan enaknya :D

Bagi sesiapa yang tiada winrar, bleh la dapatkan kat bawah ni. :)


Get your own Box.net widget and share anywhere!

ikoko: Sekarang jam menunjukkan pukul 12.13a.m. Aku masih belum tidur lagi, sedang menghabiskan membaca helaian Panduan ROS. Gulp~ Macammana reaksi aku esok? Ngaa.. Taktau. Aku cuma harap semuanya berjalan lancar serta pihak sekolah memberikan kerjasama yang baik kepada kami bertiga. Amiiin..

Tags: ,

Do It Yourself 0

Jun16

If you want a thing done well, do it yourself.

(Napoleon (10) in Quotes for All)

Sesuatu perkara itu, kalau kita nak berasa puas dengan hasilnya, serta mahal nilainya, buatlah sendiri. Jangan selalu kirim pada orang.

ikoko: Tapi sampai sekarang aku tak pandai buat theme sendiri. :p Godeh lelebih pun tak mau~! Takut luntur keasliannya. Eceh. (malas sebenarnya).

Tags:

Sedap dan Kehidupan 0

Jun11

click to enlarge
Gambar ni aku ambil masa pergambaran Dokumentari Tomato di Cameron Highland. I would like to say sorry to Yati, Epul and My for not asking for permission to publish their picture here. :p Click this picture to enlarge.

Baru empat jam lepas, aku menghempaskan diri ke atas tilamku sendiri. Sehari lebih awal dari yang dirancang. Patut bertolak ke Batu Pahat pada petang Isnin, 10 Jun 2007 dengan menaiki bas ekspress. Mujur Aunty Yam, ibu mentua kepada kakakku ada. Terima kasih ye Aunty. Kebetulan Aunty Yam singgah sebentar ke rumah Kak Lily, dan aku ditumpangkan ke Muar bersamanya. Mak dan adikku menjemputku di kediamannya. :) Sayang mak.. Izan~ .. Muah.. :-*

Semasa di Muar, sempat Aunty Yam dan Abang Apish makan-makan di bus stand. Mee Bandung Muar jadi pilihan makananku. Best tak? Pada aku tahap sederhana. Argh. :) Asalkan dapat rasa mee bandung tu pun sudah cukup OK padaku.

Bila ditanya padaku, makanan yang jenis macammana yang patut dikategorikan sedap, aku akan jawab.. bila kita rasa makanan tu, kita mesti nak rasa lagi dan lagi dan lagi. Kalau makan di warong, kita mesti terasa nak makan lagi di warong tersebut. Tapi.. tak semua orang sama citarasanya. Lain lidah lain rasa.

Sama seperti semua perkara dalam hidup ini. Lain situasi, lain cara menanganinya. Dan, tak semua orang rasa situasi yang kita pernah lalui, yang mungkin ia amat gembira atau perit untuk kita, tapi mungkin pada orang lain, biasa-biasa sahaja.

Tags: ,

The Power of Love 0

Jun9

power_by_moonlitsage.png

Love is the power to have faith in a miracle..
Even if you shut yourself away in your heart..
Alone…

(A song while Densha try calling Hermes in Densha Otoko’s Drama Series)

ikoko: Aku rasa dah start terpengaruh dengan cerita ni. Argh. Tolong aku~

*Credit to moonlitsage for the avatar.

Tags: ,

Beban Terasa Ringan 0

Jun1

Mak pesan..


Bacalah zikrullah .. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali ..


Semoga kita kita tenang dan beban di bahu kita terasa ringan.

continue reading »

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com