Category Resepi

Jantung Pisang 0

Jun19

Sedap dimakan dengan colet-colet. Nyam-nyam rasanya.

image

Posted from WordPress for Android

Tags:

Ikan Patin Masak Tempoyak 3

Jul20

Bahan-bahan
1 atau 2 ekor dipotong 4 bahagian.
Cili Padi – ditumbuk / dikisar- sederhana banyak, jangan terlampau banyak nanti nak makan susah.
1 mangkuk – cara nak buat , isi durian, dilenyek-lenyek, diletak kunyit dan garam sedikit, kemudian diperap masuk dalam peti ais.
1cm kunyit – ditumbuk / dikisar
Daun Kesom – mesti ada!
Bunga Kantan – dibelah dua- optional, ada lagi bagus sebab menyedapkan rasa.
Garam – secukup rasa
Gula – sedikit, jimat gula eh. Gula dah mahal sekarang.

continue reading »

Tags: , , , , , , , ,

Kari Ayam Tanpa Santan 0

Jul20

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 biji tomato – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
2 paket kecil serbuk jenis Babas
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
2 batang lada merah dibelah dua
garam secukup rasa
gula sedikit

continue reading »

Tags: , , , , , , , , ,

Spaghetti Bolognese 2

Dec28
Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese - Gambar dari google.

Haritu aku dah janji untuk bagitau macam mana nak buat Spaghetti Bolognese. Aku ingat-ingat lupa. So siang tadi hentam je buat. Uhuk. Alhamdulillah jadi. Ok. Ni resepinya.

Bahan-bahan
Spaghetti (terpulang nak guna spaghetti jenis apa, selalu aku guna brand San Remo)

1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol / tin tomato puree PREGGO
2 biji lada benggala / capsicum (dipotong dadu)
1 mangkuk daging lembu atau ayam (dicincang halus dan disangai terlebih dahulu untuk jimatkan masa memasak)
Beberapa Kepingan keju (selalu aku guna jenis CRAFT dan terpulang pada korang nak letak banyak mana pun)
1/2 buttercup
1 sudu minyak jagung / sayuran / olive oil
2 atau 3 sudu gula (ikut citarasa sendiri, tapi pastikan gula lebih dari garam)
Garam (1 camca kecil pun dah cukup, kalau tawar juga)

Cara-cara
1. Didihkan air dan masukkan spaghetti, letak satu sudu butter. Pastikan air betul-betul didih, baru masukkan spaghetti.
2. Untuk kuah pula, cairkan butter dan tambahkan minyak sedikit ke dalam periuk.
3. Masukkan bawang dan garam sedikit. Tunggu hingga naik bau.
4. Masukkan tomato, dan beberapa sudu gula (ikut suka, aku selalu letak 3,4 sudu gula. haha. biar sedap sikit). Jangan sampai tomato layu, terus masukkan tomato puree PREGGO.
5. Masukkan air ke dalam botol/tin preggo yang telah kosong tadi, dan goncang-goncang. Masukkan air tersebut ke dalam periuk.
6. Bila dah mendidih, masukkan daging.
7. Bila nampak daging dah empuk, baru masukkan capsicum (lada benggala).
8. Last sekali, baru masukkan cheese. Letak la berapa banyak pun dan kacau.
9. Testlah, kalau kurang garam, masukkan garam sikit lagi, kalau takut masin, masukkan garam ke dalam air panas. Then letak sikit-sikit air garam tu, sambil rasa bagi sedap. Kalau macam tak yakin termasin ke apa, pepandailah tambah air ke apa ke, kalau adjust terlampau banyak sangat, jangan lupa tambah tomato. :) Jadi baru rasa dia macam mesra sikit.

ikoko: Oklah, tu je lah kot. Nanti aku upload gambar. Tadi tak sempat nak ambil gambar. Sushi next time aku letak ye resepinya. :) Macam dah ingat dah macam mana nak buat sushi. Kesian husband aku macam demam ni. Haih. K lah. Tata.

ikoko 2: Ejaan sudah diperbetulkan daripada Speghatti Bolognies ke ejaan yang betul, iaitu Spaghetti Bolognese (sumber : Wikipedia)

Tags: ,

Pasta Carbonara 2

Sep28
Pasta Carbonara

Pasta Carbonara - Gambar dari Google.

Bahan-bahan
1 buku mentega buttercup
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tin campbell mushroom soup classic
1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus)
Lada hitam kisar

Spaghetti
Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara
Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak, letak dalam periuk dan panaskan.
Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Angkat daging ayam beserta dengan bawang putih yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.

Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Masukkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup. Lepas tu, masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.

Last sekali, masukkan isi ayam & bawang putih yang dah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.

Penyediaan Spaghetti Fettuccine / Spiral
Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup. Pastu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis.

Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti. :)

ikoko: Lepas korang dah tau buat Pasta Carbonara ni, sure korang dah malas nak makan pasta carbonara ni kat luar. Mahal wei. RM17 satu pinggan. Ni bape ringgit je, dah bleh dapat bape pinggan. Siap 8 orang boleh makan tambah-tambah lagi. Oh ye, thanks untuk Kak Lily untuk resepi yang superb ni. Lepas ni nak letak pulak resepi Spaghetti Bolognies & Sushi. :) So takde alasan untuk makan luar. Eh. Ada siapa-siapa yang tau macam mana nak masak Tomyam Pottek tak?

Tags: ,

Dairy Champ 12

Sep19

Susu Pekat Dairy Champ

Setelah dikaji, dan dibuat eksperimen, Susu Pekat Dairy Champ sangat sesuai digunakan untuk membuat . Nak resepi kek batik? Boleh klik kat sini.

Kenapa aku pilih Dairy Champ? Sebab susu pekat Dairy Champ tak terlampau manis. :) Jadi takdelah seksa sangat kalau nak makan lebih pun kek batik tu. Uhukz~!

Tags: , ,

Cupcakes 17

Dec21

Hoho.. aku sebenarnya sangat teruja dengan Cupcakes. Lebih-lebih si Encik Abah1 dapat hadiah dari membernya. Abah gaks ada promote website member dia yang kebetulan jual cupcakes. Ni URL member dia, a.k.k.e.m.a’s Cupcakes. Pemurah hati dia ni sebab letak resepi cupcakes dia tu skali kat blog dia.

So, petang tadi, aku & akak ipar aku buat la cupcakes ni dengan 3 colour icing (pink, light blue, light green). Pastu resepi semua aku ambik dari http://www.marthastewart.com.

Nak tengok gambar cupcakes yang aku buat ke? Hwahwahwahwa… huwaa.. terharunya. Tak chomey pun. Sangat comot. Tapi kira-okey-la kan.. Baru first time buat. Icing pun cam tak jadi jek. Cair. Ni tengah letak je kat luar ni. Sayang plak nak makan. Nak tunggu beku sket.

ikoko: Cupcakes lain at One Piece Bakery – http://onepiecebakery.fotopages.com/


php3yw0aqam.jpg

phpxtg81jam.jpg

phpt2rpukam.jpg

continue reading »

  1. Baru je tukar domain dari http://skolblog.net ke http://skolblog.com. Jadi, minta perhatian ye semua []
Tags: , , ,

Cream Caramel (Puding Karamel) 20

Nov27

Resepi ini ditulis oleh cikdaun di blognya, dalam entrinya yang bertajuk Cream Caramel (Puding Karamel)

Bahan Bahan

A- Puding

1 tin susu pekat
9 biji telur
1 1/2 tin air panas-panas suam (Sukat menggunakan tin susu pekat tu sambil bancuh sisa-sisa susu pekat)
1 tsp esen vanilla
secubit garam

B- Karamel ()

4 sudu gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
sedikit air

Tips:Untuk tidak menyusahkan diri daripada membasuh banyak periuk. Gunakan loyang (saya prefer bentuk empat segi tepat) untuk menyediakan Creme Caramel. Satu bekas untuk membuat caramel (gula hangus) dan terus boleh kukus puding didalam loyang yang sama.

Cara-cara

Karamel

1. Ratakan 4 sudu gula dalam loyang. Letak loyang atas api dapur yang sederhana besar. Biarkan gula mencair dalam loyang.
2. Agak-agak dah nak berwarna keemasan. Perlahankan api, masukkan air kalau tetiba terhangus plak. Supaya temperature down dan tak affect the rest of caramel.
3. Bila dah cair semua gula .Ratakan caramel dalam loyang. Jangan guna sudu (jenuh nak membasuhnya). Just bagi angle , biarkan graviti do its job.
4. Biarkan karamel sejuk. Ianya akan menjadi beku. Jangan nak gatal-gatal usik plak.

Puding

1. Dalam bekas yang lain, masukkan susu pekat dan air panas suam. Bancuh sampai jadi susu.
2. Dalam another bekas, pecahkan telur dan kacau (jangan beria-ia pula memukul sampai kembang, kita bukan nak buat telur dadar.) dengan mode yang perlahan supaya telur sebati.
3. Masukkan telur dalam susu panas suam dan kacau dengan kadar sederhana.
4. Masukkan garam dan vanilla essense. Kalau nak letak vanilla essence lebih pun ok. Sebab nak kurangkan bau telur.
5. Tuang dan tapis puding kedalam loyang caramel yang dah sejuk tu.

Cara memasak

1. Mengkukus dengan api kecil – 1 jam 30 minit at least.
2. Membakar dengan steam bath ( Bontot loyang di dalam bekas air panas ) – dari 1 jam ke 1 jam 30 minit

Cara menghidang

1. Lalukan pisau di bahagian peti Creme Caramel. Cari bekas yang lebih besar dan dalam sedikit. Letak diatas loyang. Dan terbalikkan loyang dengan cepat. Macam nak keluarkan kek. Sangat sesuai di hidang untuk tetamu atau bakal mak mertua yang perlu di impress.
2. Terus saja korek daripada loyang (ini untuk yang malas dan tak ada sapa-sapa nak impress, even diri sendiri)

ikoko: Pepehal korang tanya cikdaun k. Blog dia kat http://cikdaun.blogspot.com. Aku blom try buat lagi caramel puding ni.

Tags: , ,

Slurp Ice Cream 0

Jul3

Aku tak tau nak letak nama apa untuk jenis makanan ni. Korang bleh la try sendiri nanti.

Bahan-bahannya,

Dutch Lady Fresh Milk (Yang dalam kotak)
King’s Vanilla / Chocolate Chip / Cookies n’ Cream Ice Cream
Nestle Koko Crunch
Nestle Fitness Cereal

continue reading »

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com