Category Spaghetti

Spaghetti Bolognese 2

Dec28
Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese - Gambar dari google.

Haritu aku dah janji untuk bagitau macam mana nak buat Spaghetti Bolognese. Aku ingat-ingat lupa. So siang tadi hentam je buat. Uhuk. Alhamdulillah jadi. Ok. Ni resepinya.

Bahan-bahan
Spaghetti (terpulang nak guna spaghetti jenis apa, selalu aku guna brand San Remo)

1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dipotong dadu)
1 botol / tin tomato puree PREGGO
2 biji lada benggala / capsicum (dipotong dadu)
1 mangkuk daging lembu atau ayam (dicincang halus dan disangai terlebih dahulu untuk jimatkan masa memasak)
Beberapa Kepingan keju (selalu aku guna jenis CRAFT dan terpulang pada korang nak letak banyak mana pun)
1/2 buttercup
1 sudu minyak jagung / sayuran / olive oil
2 atau 3 sudu gula (ikut citarasa sendiri, tapi pastikan gula lebih dari garam)
Garam (1 camca kecil pun dah cukup, kalau tawar juga)

Cara-cara
1. Didihkan air dan masukkan spaghetti, letak satu sudu butter. Pastikan air betul-betul didih, baru masukkan spaghetti.
2. Untuk kuah pula, cairkan butter dan tambahkan minyak sedikit ke dalam periuk.
3. Masukkan bawang dan garam sedikit. Tunggu hingga naik bau.
4. Masukkan tomato, dan beberapa sudu gula (ikut suka, aku selalu letak 3,4 sudu gula. haha. biar sedap sikit). Jangan sampai tomato layu, terus masukkan tomato puree PREGGO.
5. Masukkan air ke dalam botol/tin preggo yang telah kosong tadi, dan goncang-goncang. Masukkan air tersebut ke dalam periuk.
6. Bila dah mendidih, masukkan daging.
7. Bila nampak daging dah empuk, baru masukkan capsicum (lada benggala).
8. Last sekali, baru masukkan cheese. Letak la berapa banyak pun dan kacau.
9. Testlah, kalau kurang garam, masukkan garam sikit lagi, kalau takut masin, masukkan garam ke dalam air panas. Then letak sikit-sikit air garam tu, sambil rasa bagi sedap. Kalau macam tak yakin termasin ke apa, pepandailah tambah air ke apa ke, kalau adjust terlampau banyak sangat, jangan lupa tambah tomato. :) Jadi baru rasa dia macam mesra sikit.

ikoko: Oklah, tu je lah kot. Nanti aku upload gambar. Tadi tak sempat nak ambil gambar. Sushi next time aku letak ye resepinya. :) Macam dah ingat dah macam mana nak buat sushi. Kesian husband aku macam demam ni. Haih. K lah. Tata.

ikoko 2: Ejaan sudah diperbetulkan daripada Speghatti Bolognies ke ejaan yang betul, iaitu Spaghetti Bolognese (sumber : Wikipedia)

Pasta Carbonara 2

Sep28
Pasta Carbonara

Pasta Carbonara - Gambar dari Google.

Bahan-bahan
1 buku mentega buttercup
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tin campbell mushroom soup classic
1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus)
Lada hitam kisar

Spaghetti
Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara
Ambil separuh mentega buttercup bersama sedikit minyak, letak dalam periuk dan panaskan.
Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan breast / isi ayam yang sudah dicincang halus. Angkat daging ayam beserta dengan bawang putih yang dah masak tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.

Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Masukkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup. Lepas tu, masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.

Last sekali, masukkan isi ayam & bawang putih yang dah masak tadi ke dalam soup. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.

Penyediaan Spaghetti Fettuccine / Spiral
Didihkan air di dalam periuk. Bila sudah mendidih, masukkan satu sudu mentega buttercup. Pastu, masukkan Spaghetti Fettuccine / Spiral dan pastikan ia benar-benar lembut. Angkat dan tapis.

Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti. :)

ikoko: Lepas korang dah tau buat Pasta Carbonara ni, sure korang dah malas nak makan pasta carbonara ni kat luar. Mahal wei. RM17 satu pinggan. Ni bape ringgit je, dah bleh dapat bape pinggan. Siap 8 orang boleh makan tambah-tambah lagi. Oh ye, thanks untuk Kak Lily untuk resepi yang superb ni. Lepas ni nak letak pulak resepi Spaghetti Bolognies & Sushi. :) So takde alasan untuk makan luar. Eh. Ada siapa-siapa yang tau macam mana nak masak Tomyam Pottek tak?

Bless is powered by WordPress, Installed by Installatron. and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com