Category Wishlist

Berhijrah ke Melaka 0

Jun8

Agak berat hati ni nak meninggalkan atok dan mak di Batu Pahat. Nasib ada adik gagah perkasa yang boleh menjaga mereka. Rumah bila ada orang lelaki, rasa lain sikit. Lebih selamat.

Rasa tawar hati untuk minta tukar ke Batu Pahat. Semua pun terasa sangat sukar. Tapi, bila apa jua perkara berkait dengan Negeri Melaka, Allah mudahkan hampir semua perkara.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kami benar-benar berdikari.

Belajar berdiri.

Dengan kaki sendiri.

ikoko: Ada pengguguran subjek di situ. Betulkan, ingatkan. Bila mana aku tersalah. Manusia tiada yang sempurna. Kesempurnaan hanya satu impian semua manusia.

Posted from WordPress for Android

Tags: , , , , ,

Kiszy Pinky : Plushies Giveaway 0

Jun29
Plushies by Kiszy Pinky

Comelnya!

Kiszy Pinky ada buat giveaway. Ada dua plushies untuk giveaway.

30Jun2010 adalah tarikh tutup untuk Plushies Giveaway ni, tak percaya? Boleh pergi ke http://balqyys.blogspot.com/2010/05/giveaways.html .

Tags:

Diary of a Wimpy Kid by Jeff Kinney 3

Jan13
Diary of a Wimpy Kid by Jeff Kinney - dapatkan dari mana-mana kedai buku.

Boleh dapatkannya di MPH, Popular, etc.

Gaya cerita dan bahasanya bersahaja. Macam kau tengah baca diari orang lain. Ohohoho. Mudah difahami. Tapi aku belum beli lagi. Ni adalah antara satu di antara wishlist aku. Eh, nak buat category wishlist lah kat blog ni. hihi. :)

*Gambar diambil dari wikipedia Diary of a Wimpy Kid

Setakat ni, yang aku tahulah, kan, buku ni ada dijual di kedai buku MPH, dan juga Popular Books Store. Sesiapa yang nak beli online, boleh beli di MPHOnline dengan harga RM29.90. Agak mahal, tapi puas hati. :)

Ada banyak lagi version diary wimpy kids ni. Aku tak ingat, serta malas nak senaraikan. Huhu. Kamu semua boleh search di google, ok? :)

Tags:

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com