Relax: Biarlah hari-hari berlalu. Lapangkan jiwamu, terima keputusan Qadha’ ILLAHI. Jangan bosan bersabar.

Jangan Pandang Rendah pada Blogger

mblog2.jpg

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama blog kami masing-masing.

Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini blog supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah blog anda dan beritahulah kepada kami semua.
(oleh Cypher dalam “entry”nya yang bertajuk “makin hari makin ramai menjadi blogger

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang blog. Mungkin juga ramai menganggapnya hanya website biasa. Mungkin juga ada yang menganggap ia suatu yang merepek. Suatu kerja yang bodoh. Begitulah anggapan ramai.

Apa pun, tak kenal, maka tak cinta. Anggapan orang, itu hak mereka. Tak kisah la. Masing-masing ada dunia hiburan masing-masing. Blogging bukannya suatu kerja yang hina. Bukan juga suatu kerja yang membuang masa. Itu pendapat aku. Amat pantang bila ada yang pandang rendah dengan dunia blog. Amat marah.

Majalah PC Keluaran Februari 2008 ada memberikan 10 sebab untuk blog (Muhamad Nizam Ahamad,2008).

    1. Emosi
    2. Ekonomi
    3. Diari
    4. Benchmark
    5. Portfolio
    6. Kenalan
    7. Komunikasi
    8. Minat
    9. Menjual Diri
    10. Ilmu

Emosi. Aku selalu luahkan rasa ketidakpuasan, geram, dan sedih. Kadangkala gembira. Blog umpama kawan baikku. Walau tak bernyawa. Tapi kehadiran rakan-rakan pengunjung menjadikan blog ini tampak hidup.
Ekonomi. Dulu aku kononnya taknak blog aku kotor dengan advertisement. Kononnya bila pasang advertisement, nampak sempit blog. Tapi aku pakai juga akhirnya. Hihi. Alhamdulillah. Sudah dapat menjana sejumlah duit dari situ. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Diari. Ada sesetengah, malah boleh dikatakan majoriti pengguna blog menjadikan blog sebagai dairi online mereka. Tapi bab ni aku failed. Aku gagal jadikan blog aku sebagai diari. Kisah tentang realiti suka duka kehidupan.
Benchmark. Menurut Muhamad Nizam Ahamad(2008), blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang anda pernah lalui dan mungkin bakal anda rancangkan suatu hari nanti.
Portfolio. Ini mungkin credit bagi graphic designer dan sewaktu dengannya. Atau sesiapa sahaja bertindak menyenaraikan portfolio mereka dalam bentuk digital. Senaraikan di dalam laman web. Ini akan memudahkan pihak syarikat yang ingin melihat portfolio kita dengan kadar yang segera.
Kenalan. Tidak dapat dinafikan bila kita mempunyai blog, ramai kenalan baru yang kita akan jumpa. Tanpa blog, mungkin seorang dua sahaja rakanku. Tiada kenalan baru dari tempat dan status berbeza. Terima kasih blog.
Komunikasi. Tahap kemahiran komunikasi kita juga akan bertambah dengan wujudnya blog. Keyakinan diri juga bertambah apabila kita membincangkan dan mengetengahkan sesuatu isu. Berdebat secara maya dengan orang yang tak dikenali.
Minat. Aku tidak gemar menulis. Tapi gemar melukis, meng“capture” gambar. Mungkin tidak dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah ia memuaskan hatiku sendiri.
Menjual diri. Aiyak. Jangan salah sangka. Bukan “itu” yang aku maksudkan. Tapi, ingin menerangkan bahawa, dengan blog juga, kita boleh memperkenalkan diri kita kepada umum. Kemampuan diri, kepakaran diri. Contohnya, ada sesetengah blog menunjukkan betapa kreatif dirinya men”design” icon, web design. Boleh menambah pendapatan kita.
Ilmu. Blogger juga terdiri dari insan yang berkaliber. Ada yang sedang menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah, programmer, engineer, dan banyak lagi jawatan hebat yang lain. Pengisian dalam blog mereka juga banyak yang berbentuk ilmiah. Ada juga yang meletakkan ilmu-ilmu Islamik. Ada juga pada satu-satu masa, bila kita baca blog rakan kita, kita akan mudah tersentuh dan insaf. Rasa terharu dan simpati. Kemudian muhasabah diri semula. Tak kurang juga yang meletakkan info-info tentang gadget terkini dan juga software yang entah dari mana mereka tahu yang kita tak tahu. Indah bukan?

Itulah serba sedikit tentang blog.

ikoko: Geram di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah. Cinta di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah.

  • betul tu..
    blogging bukannya kerja yang x brguna@x berfaedah@ntah pape@buang mase….
    sape yang x suke blog tu sbenarnya tak kenal dgn blog ataupun x reti…

  • Waloaupun ramai yang jadi bloggers, setakat manalah kehebatannya ya… Saya lihat ramai yang hangat2 taik ayam… Selepas 2 3 bulan berblog… Nan ado entrinya lagi….

    p/s Comment bix nih pelik sikit lahhh cik ikoko

  • owh, penulis dia saudara mystic… owner pergh.com

  • hye..
    erm saintis2 zaman dulu pon ramai dicemuh gila semasa nk mencipta alat2 mereka..tetapi disebabkn kegilaan mereka itula sekarang adanya ciptaan spt lampu,kereta malahan kebulan dah manusia. jd jgn tkt dgn mrk krn ak percaya dgn ramalan billgates psal 10 thn akan dtg.

  • realitinye dalam apa2 bidang pun pasti ada pihak akan dicemuh termasuk la dunia blogging.. ada blog akan kene cemuh dan sebab 1 blog blogger lain pun kene cemuh..

    tapi kualiti blog sekarang kene maintain.. insyallah tak lama lagi blog akan dipandang tinggi :)

  • Hidup blogger.

    Hanya orang yang tak berilmu sahaja yang memandang rendah pada blogger.

    Dan mereka ini golongan yang tak faham apa itu blog dan tidak mahu memahaminya malah ada golongan mereka ini yang blogphobia :(

  • salam… mempromosi apa saja yang positif dan berkongsi maklumat

  • saya sokong ngn pendapat cik ikoko..kita kene melihat sesuatu itu dari sudut yg positif..barulah nampak segala peluang yang terbuka luas..nikmati kehidupan ini..

  • huhu..terima kasih kerana menyedarkan saya :D

  • aku tak setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…

  • Aku rasa diorang takde blog. Tu pasal diorang pandang rendah. Klau diorang ada blog, diorang diam je..

  • aku rasa berblog lebih berfaedah berbanding ngan bermyspace.. :P

  • aku setuju dengan amanz, kita sibuk mencari kawan tapi diri sendiri tiada maju.haha

    blogging menjadikan diri kita berinformasi

  • aiyak.. sorry semua, lambat reply comment.

    Fahmishah said,

    aku setuju dengan amanz, kita sibuk mencari kawan tapi diri sendiri tiada maju.haha

    blogging menjadikan diri kita berinformasi

    yosh.. memang benar.. :) sekarang, ada sahaja blog ilmiah yang berguna untuk semua.

    aman said,

    aku rasa berblog lebih berfaedah berbanding ngan bermyspace.. :P

    tul tul.. :) lebih bebas. eh.. citer pasal myspace, dah lama aku tak jenguk myspace..

    titan said,

    Aku rasa diorang takde blog. Tu pasal diorang pandang rendah. Klau diorang ada blog, diorang diam je..

    thanks atas komen yang pendek tapi padat. :) salam kenalan titan.. :)

    adib. said,

    aku tak setuju..blog adalah suara kita…mana mampu kita bercakap dalam khalayak ramai dengan keyakinan melainkan melalui tulisan…ingat kita dahulu merdeka dengan hasil tulisan yang membina…

    erk.. kau tak setuju pada isi yang mana satu ye adib?

    syamsulariff.com said,

    huhu..terima kasih kerana menyedarkan saya :D

    sama-sama syamsul :)

    shah said,

    saya sokong ngn pendapat cik ikoko..kita kene melihat sesuatu itu dari sudut yg positif..barulah nampak segala peluang yang terbuka luas..nikmati kehidupan ini..

    …tetiba je nak makan aiskrim cornetto sandae.. ngee.. hint**

    zaiful said,

    salam… mempromosi apa saja yang positif dan berkongsi maklumat

    salam juara~~!!

    cikgufarizal said,

    Hidup blogger.

    Hanya orang yang tak berilmu sahaja yang memandang rendah pada blogger.

    Dan mereka ini golongan yang tak faham apa itu blog dan tidak mahu memahaminya malah ada golongan mereka ini yang blogphobia :(

    takpe lah.. terima je lah.. :) dah malas nak fikir sebenarnya, tapi tertulis pulak entry pasal ni lagi.. :D

    syia said,

    realitinye dalam apa2 bidang pun pasti ada pihak akan dicemuh termasuk la dunia blogging.. ada blog akan kene cemuh dan sebab 1 blog blogger lain pun kene cemuh..

    tapi kualiti blog sekarang kene maintain.. insyallah tak lama lagi blog akan dipandang tinggi :)

    ..bukan nak dipandang tinggi.. tapi ini minat kita.. ada orang kutuk minat kita.. tak ke rasa geram.. bukan utk dipandang tinggi.. cukuplah sekadar tidak mengutuk.

    nUUr said,

    hye..
    erm saintis2 zaman dulu pon ramai dicemuh gila semasa nk mencipta alat2 mereka..tetapi disebabkn kegilaan mereka itula sekarang adanya ciptaan spt lampu,kereta malahan kebulan dah manusia. jd jgn tkt dgn mrk krn ak percaya dgn ramalan billgates psal 10 thn akan dtg.

    :) terima kasih nUUr sebab hidupkan semangat saya..

    Wizurai said,

    owh, penulis dia saudara mystic… owner pergh.com

    aku pun taktahu tentang tu. pernah menjenguk pergh.com, thanks wizurai..

    Azhar Ahmad said,

    Waloaupun ramai yang jadi bloggers, setakat manalah kehebatannya ya… Saya lihat ramai yang hangat2 taik ayam… Selepas 2 3 bulan berblog… Nan ado entrinya lagi….

    p/s Comment bix nih pelik sikit lahhh cik ikoko

    ha ah.. agak pelik sikit.. ajax, tapi macam lambat sket.. tatau nape.. kih kih.. saya terasa la pulak.. mungkin mereka ada komitmen lain yang lebih memerlukan perhatian mereka.. :) kita ni pencinta blog, sibuk macam mana pun, tangan still gatal nak check blog, baca blog, etc. blog blog blog. aku beli majalah PC keluaran bulan ni pun disebabkan kat COVER ada perkataan BLOG.

    stupidfox_91 said,

    betul tu..
    blogging bukannya kerja yang x brguna@x berfaedah@ntah pape@buang mase….
    sape yang x suke blog tu sbenarnya tak kenal dgn blog ataupun x reti…

    entahla.. kalau mereka di tempat kita, mungkin mereka dapat rasa, apa itu kemanisan berblog. :)

  • haha….aku tak setuju dengan aman…aku dulu mula dengan myspace,koding2 sket2,baru beralih ke blog..so,aku rase,myspace pun perlu jugak…tuk marketing..chewah…kekadang kita perlu mempromosikan blog kita,untuk mendapatkan pembaca…susah nak cari pembaca kalau kita terus je dari blog…percayalah…hurm..nway,teruskan berblog…demi kepuasan hati sendiri…

  • wah wah.. geram sungguh bunyinya.. Mungkin sesapa juga yang kata berblog itu kerje yang tidak berfaedah kerana dia kecewa.. Kecewa apabila percubaan blog untuk duitnya gagal.. :D

    Terpulang pada individu. Tapi setahu saya menulis adalah terapi terbaik untuk menstabilkan emosi..

  • gua pun nak turunkan tandatangan sokongan jugak. apa faedahnya blog kalo tak ada blog…? camana tu…?

  • aku blog sbb aku minat arsenal..

  • heheh.. nie patut letak kat tv nie..bg sumeorang tau..hurm..baru senang hati sket blogging tanpa dipandang serong oleh org2 yg xtau pepe

  • Sis, ni blog kau jugak ke? Or ada orang yang curi content kau?

    http://miszone3rd.wordpress.com/2008/10/29/relex-respect-and-respon/