Udara Kaki Bukit
Posted by ikoko 9 months, 2 weeks ago

Hirup. Segar. Udara. Nyaman.
Sekarang aku enak berada di atas katil. Duduk sebentar. Baru lepas menyelesaikan satu tugasan membalas forum di Myguru. Ini sudah kali kedua pensyarahku mengeluarkan tajuk. Mungkin kamu juga boleh mencuba untuk menjawabnya.
FORUM 1
Mulai 11 Jan - 24 Jan 2008. Multimedia kerap diperkatakan sebagai sesuatu yang boleh membantu guru dan pelajar meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan pandangan anda berasaskan bacaan anda mengenainya.FORUM 2
Mulai 25 Jan - 8 Feb 2008. Apakah yang anda faham tentang literasi visual?. Bincangkan kepentingan literasi visual dalam konteks penghasilan bahan instruksi. Pastikan hujah-hujah yang anda beri berlandaskan pengetahuan.
(Oleh Razmah Man di dalam forum untuk subjek “KPT2063 - Rekabentuk Instruksional Dan Teknologi” di Myguru)
Submit. Selesai satu tugas.
Kami sedang bercuti seminggu sebenarnya. Baru sahaja mula bercuti pada Jumaat 1Februari2008 yang lepas dan tamat cuti pada 10Februari2008. Semoga cuti kalini terisi dengan baik. Kalau orang lain boleh membahagikan masanya dengan baik, antara dunia realiti dan visual, aku juga ingin begitu. Jejak langkah mereka yang sudah berjaya. Cemerlang.
Cemerlang. Mengaku. Aku. Bukan.
Jika dikaji cara dan gaya hidup aku sekarang, ya, aku akui. Bukan lagaknya sebagai seorang yang cemerlang. Ish. Mencaci diri ke begini? Bukan. Cuma melihat diri.
Batuk menggila. Nak jalan senang lenang pun terbatas. Nak je bersihkan tekak ni guna vacuum. Sedut segala isi yang sarat. Menggatalkan tekak. Alhamdulillah telinga dah ok. Cuma masih terasa seperti ada yang menyekat. Nasib baik sebelah je. Kalau dua-dua belah? Nauzubillahiminzaalik.
ikoko: Banyak perkara perlu diselesaikan, dibincang, dibuat keputusan, disusun atur, dan disemak. Agar tak kelam kebut akhirnya.

susunan ayat yang menarik..seolah2 membaca beberapa rangkap novel A. Samad Said…ini bukannya perli tapi sejujurnya itulah apa yg saya rasa..bagus…teruskan usaha sayang..insyaAllah suatu hari nanti cemerlang..
Lahhh Bahasa melayu rupanya…
to encik azhar ahmad
hah? apa ye? apa yang bahasa melayu?
to shah
aiyak. takde lah. tu ayat tonggang terbalik.
hihi..nak update le ni~
dah la ada hutang 1 tag lagi ^_^