Mar 13, 2008
Tanah Liat Buatan Sendiri
Korang tau tak cara-cara buat tanah liat sendiri? Bagi mereka yang memang mengambil pengkhususan bidang seni, pasti tahu. Tidak kurang juga yang mengambil Pendidikan Seni sebagai subjek bidang tumpuan. Sudah masuk minggu ke-4 kami meng“explore” pelbagai jenis Kreativiti Seni untuk Kanak-kanak khususnya Kanak-kanak Syndrome Down, Slow Learner, Hyperactive ataupun ADHD.
Kami sebenarnya dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, dan daripada kumpulan kecil itu digabungkan untuk dijadikan kepada dua kumpulan besar. Minggu silih berganti, dan kami diberi tugas yang berbeza mengikut minggu. Minggu pertama, kami belajar cari membuat cetakan ataupun corak batik, tapi hanya dengan menggunakan bahan asas seperti lilin yang dicairkan, warna batik, dan kertas A4 biasa. Dalam masa yang sama, kami dikehendaki membuat corak di atas kertas tisu keras, iaitu “Ikat dan warna”. Ah, nanti aku scan dan tunjukkan pada korang hasilnya.
Minggu ke-2 pula, kami dikehendaki membuat gambar 2D. Biasalah, melukis di atas kertas A4. Seperti kanak-kanak tadika. Kami melipat kertas A4 itu supaya menjadi empat bahagian, kemudian lukis dan warnakan. Perkara yang menarik adalah apabila kami membuat corak dengan menggunakan gam kanji yang dibuat oleh kami sendiri. Iaitu tepung ubi atau tepung kanji di letak dengan air sejuk pada awalnya, kemudian, dicurahkan pula air panas ke atasnya. Dikacau dan terus dikacau hingga likat. Maka terhasillah seperti di bawah ini.
Selain tu, kami buat bahan binaan. Uhukz.. jap, ahaa.. minggu ke-3, barulah kami buat Tanah Liat. Tanah Liat diambil oleh kawan dari group lain. Import dari sawah di Kelantan. Tanah yang betul-betul tanah liat, keras dan kering. Kami tambah sedikit demi sedikit air dan uli hingga ia menjadi tanah liat macam yang korang selalu main masa kecik-kecik dulu. Dan, inilah hasilnya.
Dua minggu yang lalu pula, pada hari Jumaat, kami ada membuat program di SRK Tanjong Malim. Kali ni, kami dikehendaki membuat program untuk kanak-kanak syndrome down, hyperactive, dan slow learner. Ada pusat khas di sekolah itu yang dinamakan “Tadika Angkat”, di mana ia menempatkan kanak-kanak golongan ini.
Kami berlima bertuah kerana diberi tugas untuk mengawal empat orang kanak-kanak. Seorang syndrome down (berbangsa cina, 12 tahun), dua orang kanak-kanak hyper active (berbangsa melayu, hensem, 10 tahun mungkin, dan sorang lagi berbangsa India, 9 tahun. Aku lupa) dan seorang lagi kanak-kanak slow learner (berbangsa melayu, 12 tahun).
p/s: alermak. tak buat laporan lagi ni.
ikoko: Minggu depan buat bahan binaan dari kayu terbuang, minggu lagi satu pula, buat bakul dari rotan. uhukz. memang aku nanti-nanti kan…
bestnyer ina…nant leh ajar akak bat tanah liat nie yek… hehehhe….. ina..akak bukak blog baru…sedih…. ade kejadian yg x best nak citer… watever sila la jenguk yek… http://shiemz.blogspot.com
Lahhhhhh, kamu che’gu rupanya….
Assalamualaikum
Hai ina ..pekaba..lama nian tak singgah sini. Awak sihat? kemahiran menulis awak makin matang. bagus..teruskanlah usaha awak ye.
menarik lah tanah liat..boleh lah kot saya ceduk idea tu untuk anak anak murid j-qaf saya..boleh buat BBM
erm..seni…dulu saya reti buat layang2 kertas..hehehe…dh lama tak main layang2…
wooo inaa.. teringin aku nak meng-clay mcm tuuuu…