Tentang Orang

Bila kita tutup keburukan orang lain, Allah juga akan menutup keburukan kita. Majalah Nur menarik hatiku lagi untuk terus membaca setiap helaiannya yang bercetak.

Sabda Rasulullah, “Sesiapa yang menutup kecelaan seorang Islam, nescaya Allah akan menutup keburukan atau celanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Tambahan, Sabda Rasulullah lagi, “Tidaklah seorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya, melainkan dia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Tak banyak, sikit kita mesti pernah melakukan perkara ni. Aku juga mengingatkan diriku bahawa, Rasulullah bersabda, “Wahai kumpulan orang yang menyatakan beriman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih belum meresap ke dalam hatinya. Janganlah kamu mencaci orang ramai, dan jangan pula mengintip keburukan mereka. Sebabnya, sesiapa yang mengintip keburukan saudara Islamnya, nescaya Allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa yang keburukannya diintip Allah, nescaya rahsianya akan didedahkan Allah, sekali pun dia berada di tengah-tengah rumahnya.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah)

ikoko: Sekadar ingatan untuk diri dan semua.





Commentary

Leave a response »

  1. 1. 7 months, 3 weeks ago Reply
    Gravatar of neeziee

    Abah aku pesan,Kalau kita bercerita pasal buruk orang.Kalau perkara tu betul jadi mengumpat.Kalau perkara tu salah jadi fitnah.

  2. 2. 7 months, 3 weeks ago Reply
    Gravatar of CypherHackz

    Thanks for the info. :)

  3. 3. 7 months, 3 weeks ago Reply
    Gravatar of neeziee

    CypherHackz said,

    Thanks for the info. :)

    sama-sama..

    hehe.

  4. 4. 7 months, 2 weeks ago Reply
    Gravatar of iEn

    setuju2! walaupun sebesar zarah, Allah akan Memperlihatkannya.

  5. 5. 7 months, 2 weeks ago Reply
    Gravatar of ikoko

    to iEn
    tu lah kan.. satu perkara yang cam miracle & memang benar la kot perkara ni.. setiap kali kalau kita mengata/terkata tentang seseorang, bila kita terserempak dengan dia lepas tu.. muka orang yang kita dok ngata pasal dia tu, cam jernih je. it’s happen. bila kita cakap pasal orang, mesti kita dah ambik dosa dia, n then dia ambik pahala kita.. huu..

    to cypher
    welcome. thanks to Nur’s magazine too.

    to neezie
    ahaa… apa pun, mende tu tetap mende yang tak patut kita buat. tapi kita selalu buat. uhukz. so skrg ni, kena selalu berhati-hati bila bercakap.

Trackbacks

Leave a comment, a trackback from your own site or subscribe to an RSS feed for this entry. Trackback URL for this entry Comments feed for this entry

Leave a response

Leave a URL

Preview