May 30, 2008
Humor Dalam Diri Cikgu

Masuk sahaja dewan kuliah, seorang pensyarah jalan mundar-mandir di hadapan pelajar. Tangan diseluk ke dalam poket. Tidak lama kemudian, dia mengambil mikrofon sambil tersengih. Kami menjangka mesti ada sesuatu yang seronok yang ingin disampaikan. Pensyarah itu mulakan kuliahnya dengan set induksi yang membawa respon hilai tawa dari kami.
Bila dapat menarik perhatian pelajar, diri dia yakin untuk mengajar dan diri pelajar juga yakin untuk menerima pelajaran dengan minda yang dalam paras “sedar”.
Ramai pensyarah menasihatkan, agar diri seorang cikgu itu ada humor walaupun sedikit. Siapa pun akan setuju dengan perkara ini. Aku? Aku risau jika tak dapat capai tahap “humor” itu. Bagaimana kalau aku mendidik tanpa diselitkan adegan gelak ketawa? Atau perlukah aku buat lawak sarkas di hadapan kelas?
Aku teringat seorang cikgu. Dia cikgu Add Math ku. Kami menuntut dengannya tidak lama. Ada dalam beberapa bulan. Dia seorang guru yang baik. Sentiasa inginkan pelajarnya faham dengan apa yang diajar. Ciri-ciri seorang bapa ada dalam dirinya. Ada sahaja cara atau tips yang diberi untuk membuatkan kami lebih faham dengan subjek Matematik Tambahan tersebut. Humor? Hampir tiada. Tapi dia selalu berwajah ceria dan sering tersenyum. Aku yakin pelajar-pelajar lain juga selesa berguru dengannya.
Bila teringat yang aku akan mengajar untuk ROS 2; 16Jun2008 nanti, aku jadi kalut dan seram sejuk. Cikgu jenis bagaimanakah aku? Adakah murid-muridku akan faham dengan apa yang aku ajar? Atau aku terketar-ketar sampai ditertawakan? Nauzubillah.. Aku benar-benar risau. Harap aku ada kekuatan bila di hadapan mereka. Tahap yakin diriku masih nipis.
Aku mungkin tidak mampu untuk menjadi seorang cikgu yang penuh dengan telatah yang mencuit hati seperti yang semua murid harapkan. Tetapi, alangkah bagus kalau aku dapat menjadi seperti cikguku itu.
Selamat hari guru, cikgu. Maaf atas keterlewatan ucapan.
*Credits to Keoshi for the Danpa Icon. You can download the icon at http://www.keoshi.com/weblog/danpa-icon-pack or just click this button;

share your files at box.net
yup! cikgu yg ada humor kebanyakan menjadi kegemaran pelajar dan pelajar akan selesa untuk belajar.cikgu jangan’lah mengajar sambil muka yg terlalu serius.
semasa di skolah, ramai juga cikgu yg selalu buat pelajar ketawa
huhu.pengalaman seorang pelajar.
erm..pengalaman menjadi guru..tp sy ada pengalaman berceramah di hadapan ramai org..tipsnya ialah, sentiasa think poisitif..kalo takut2, jgn tenung mata org yg memandang, tp try tenung telinga org itu..dan yg penting kena basahkan bibir ngn senyuman..insyaAllah..anda pasti akan merasa kepuasannya nanti..
buat masa ni, jgn fikirkan negatif..cuma perlu latih bercakap di hadapan cermin..cabar diri sendiri dan jgn mudah putus asa k..
wish u all da best dear..
buat humor adalah untuk pelajar jadi fresh…selitkan humor bila kala mereka tensi
Jangan wat lawak sarkes pulak cikgu Ikoko ;D .
wah !
jdikla cekgu yg spotim.. somell…
mestiii rmai sayg,,..
:]
Biasa student suka cikgu yang ada sense of humor. Tapi kena ingat jugak tak semua orang ada sense of humor. Jadi cikgu yang baik pun dah cukup.