Adakah saya unta?
Posted by ikoko 5 months, 2 weeks ago

Baru je buat gambar “LOMO” guna adobe photoshop CS. huhu. Orang lain dah guna CS3, aku masih guna CS. Al-maklum. Cuma 2GB ram + space 60GB je laptop ni. uhukz.
Ada seseorang, cakap pada aku yang jika aku tak makan dua, tiga hari pun takpe. Sambil picit-picit badan aku. Dia ingat aku unta agaknya.
Dia cakap lagi, dia sangat pelik, macamana seorang artis tu boleh kurus mendadak.
Aku jawab, dengan yakin(haha.. tibai je jawab), dia ada orang minat, kaya mungkin. Mungkin macam-macam dia buat, supaya dia boleh kurus dengan cepat macam tu. Mungkin dengan bantuan wang ringgit yang menggunung.
Dia cakap lagi, dia kata, “Ha ah kan.. kalau dia gemuk, mana ada orang nak. Sebab tu dia kena kurus.”
Di waktu yang lain. Ada seseorang cakap pada aku, anak dara takleh gemuk macam ni. Ni dah macam diri dia. Makcik yang dah berumur 60+.
Aku terkedu. Nak kata makan banyak, aku rasa aku makan paling sikit. Dalam cuti yang dah mencapai 4 minggu ni, hanya 3,4 kali aku makan nasi kat rumah ni. Nak kata tak exercise. Yelah kot.
Kenapa ramai sangat suruh aku kurus. Ingat nak kurus tu senang? Sekelip mata? Diorang ingat ada button yang bila ditekan, boleh buat aku kurus serta merta.
ikoko: Sorry. Saya memang suka tulis tulisan yang emo. Sebab saya tengah emo. Kalau saya cakap dengan orang, tak pasal-pasal orang ingat saya marah dia. Sedangkan saya memang tengah emo. Program diet saya agak tak berjalan lancar. Begitu juga dengan program exercise. Apa? Takde siapa nak tahu atau ambil peduli pun? Takpe. Saya saje nak tulis kat sini. Sebab saya tengah down sangat-sangat-sangat.
***Credits to digital photography school in How to Make Digital Photos Look Like Lomo Photography.
Before and After (sorry, ni bukan gambar saya sebelum saya gemuk dan selepas gemuk, tapi gambar mende yang saya LOMOkan guna adobe cs. apa saya cakap ni? ntah! sorry. saya tengah emo)


feel sorry to hear that u are ‘down’ becoz of this..erm..just remember that, setiap yg Allah ciptakan, pasti ada hikmahnya..
Biarkan org2 yg mengata dan mengutuk itu memberi pahala percuma pada kita..
Yang penting, we know who we are..k..
Jgn sedih2..
syukur atas pemberian tuhan..
cam situasi kita terbalik..
org soh sy gemok plak..
senang jer cakap..
“semulajadi”
lawo gark tu.. teman pon baru nak belajor2 hehehe
HoOOooo pasal ini ker…
Haish..aku pon ader isu seperti kao ni la Ikoko tapi aku rasa macam dah lali dah pulak. Matila… no self-motivation.
Kalo rasa nak diet, aku diet.
Aku rasa, niat ko salah kot….diet sbb orang lain soh atau tegur…
why not ko diet sbb diri kau…nak lebih sihat…menarik…bukan atas dasar suruh menyuruh ni…
Aku pulak, lagi orang soh diet, lagi aku makan banyak. Boleyyyy… *matila memberontak…mrasa!
ya! saya sokong Abah punya respon
kalau mmg diri sendiri mahu kurus akan lebih selesa untuk kita lakukan..
erm..itu arr…gf aku pon gemok…aku kurus..
kalau aku soh dia kurus,dia soh aku gemuk.aahhaa…gemok or kurus cuma pada pandangan mata sahaja..Sape yang soh ko gemok tuh,ko soh dia tgk citer “shallow Hal”
ya..btul cakap mindfreak tu..fizikal ni hanya sementara..tak menjanjikan apa2 pun..yg penting dalaman kita..diri kita..
mulut org mmg tak leh ditutup..so,pekakkan telinga je k wahai ikoko..
yang penting, kita bersyukur ngn fizikal kita..ada hikmahnya Allah jadikan kita mcm ni kan?
bak kata budak2 dalam over the hedge, human never get enough.. yang penting kita sayang n terima diri kita seadanya.. hoke girl!
p/s: u ada add me kat fs tp i da del la my fs.. sorry~