Rebranded WBC

Dulu WBC dikenali sebagai “Weblogscenter” dan dikendalikan oleh seorang dari rakan blogger kita yang sudah lama menyepi iaitu Mr.Syaiful. Ia ditubuhkan pada kira-kira 2 tahun yang lalu. Namun aku pasti, atas sebab-sebab tertentu, WBC tersebut terkubur. Sedih juga. Harap sampai pada pengetahuan Mr.Syaiful tentang berita baru kebangkitan WBC semula ni.

Sekarang ni, WBC sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini WBC merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali.

Kepada yang masih baru ataupun telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, bolehla menjinak-jinakkan diri anda dalam laman WBC tersebut di http://www.weblogscentre.com. Jangan risau, rakan-rakan di situ semuanya friendly. Jomla kongsi ilmu. Nak tanya soalan yang remeh-remeh pun boleh. Mesti ada je orang akan jawab di WBC nanti. :)

ikoko: Cypher, ni aku dah promote. Milo Ais Kaw-kaw satu please! :P

4bia and Doll for your blog

I recommended you to watch 4bia at the nearest cinema. The 3rd mini-movie in this 4bia, is the most funny mini-movie among four mini-movie. See this trailer or turn to their website at http://www.seeprang.com/.

(more…)

Lightbox 2 Updated

Wanna try? Download it from http://wordpress.org/extend/plugins/lightbox-2/

Click this picture to feel it.

ikoko: Uwaa.. theme ni dah memang install lightbox. Jadi takleh la nak guna lightbox terkini ni.. huwa. sedih1 .

  1. masih takmau tukar theme []

GMail Blog (Official)

I just know about this Official GMail Blog. You can get News, tips and tricks from Google’s GMail Team and friends in this url; http://gmailblog.blogspot.com/.

This is the latest entry of their blog; 9 Reasons to archive.

Thanks Nuffnang!

Thanks to Nuffnang! I’m just received an email from Nuffnang. Need to go to HSBC to get my payment.

nuffnang

ikoko: Bila dah dapat bayaran ni, aku terus letak advertisement diorang semula. Miahahah! Takdelah. Ingatkan aku tak layak dapat bayaran bila dah letak iklan diorang tu. Tapi rupanya, aku benar-benar dapat! Yahoolahai!! Ini bukan entry copy paste, tapi ini entry perkara yang benar-benar berlaku. Baru je dapat email dari diorang. Berformat PDF.

Jangan Pandang Rendah pada Blogger

mblog2.jpg

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama blog kami masing-masing.

Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini blog supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah blog anda dan beritahulah kepada kami semua.
(oleh Cypher dalam “entry”nya yang bertajuk “makin hari makin ramai menjadi blogger

Mungkin sudah ramai yang tahu tentang blog. Mungkin juga ramai menganggapnya hanya website biasa. Mungkin juga ada yang menganggap ia suatu yang merepek. Suatu kerja yang bodoh. Begitulah anggapan ramai.

Apa pun, tak kenal, maka tak cinta. Anggapan orang, itu hak mereka. Tak kisah la. Masing-masing ada dunia hiburan masing-masing. Blogging bukannya suatu kerja yang hina. Bukan juga suatu kerja yang membuang masa. Itu pendapat aku. Amat pantang bila ada yang pandang rendah dengan dunia blog. Amat marah.

Majalah PC Keluaran Februari 2008 ada memberikan 10 sebab untuk blog (Muhamad Nizam Ahamad,2008).

    1. Emosi
    2. Ekonomi
    3. Diari
    4. Benchmark
    5. Portfolio
    6. Kenalan
    7. Komunikasi
    8. Minat
    9. Menjual Diri
    10. Ilmu

Emosi. Aku selalu luahkan rasa ketidakpuasan, geram, dan sedih. Kadangkala gembira. Blog umpama kawan baikku. Walau tak bernyawa. Tapi kehadiran rakan-rakan pengunjung menjadikan blog ini tampak hidup.
Ekonomi. Dulu aku kononnya taknak blog aku kotor dengan advertisement. Kononnya bila pasang advertisement, nampak sempit blog. Tapi aku pakai juga akhirnya. Hihi. Alhamdulillah. Sudah dapat menjana sejumlah duit dari situ. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Diari. Ada sesetengah, malah boleh dikatakan majoriti pengguna blog menjadikan blog sebagai dairi online mereka. Tapi bab ni aku failed. Aku gagal jadikan blog aku sebagai diari. Kisah tentang realiti suka duka kehidupan.
Benchmark. Menurut Muhamad Nizam Ahamad(2008), blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang anda pernah lalui dan mungkin bakal anda rancangkan suatu hari nanti.
Portfolio. Ini mungkin credit bagi graphic designer dan sewaktu dengannya. Atau sesiapa sahaja bertindak menyenaraikan portfolio mereka dalam bentuk digital. Senaraikan di dalam laman web. Ini akan memudahkan pihak syarikat yang ingin melihat portfolio kita dengan kadar yang segera.
Kenalan. Tidak dapat dinafikan bila kita mempunyai blog, ramai kenalan baru yang kita akan jumpa. Tanpa blog, mungkin seorang dua sahaja rakanku. Tiada kenalan baru dari tempat dan status berbeza. Terima kasih blog.
Komunikasi. Tahap kemahiran komunikasi kita juga akan bertambah dengan wujudnya blog. Keyakinan diri juga bertambah apabila kita membincangkan dan mengetengahkan sesuatu isu. Berdebat secara maya dengan orang yang tak dikenali.
Minat. Aku tidak gemar menulis. Tapi gemar melukis, meng“capture” gambar. Mungkin tidak dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah ia memuaskan hatiku sendiri.
Menjual diri. Aiyak. Jangan salah sangka. Bukan “itu” yang aku maksudkan. Tapi, ingin menerangkan bahawa, dengan blog juga, kita boleh memperkenalkan diri kita kepada umum. Kemampuan diri, kepakaran diri. Contohnya, ada sesetengah blog menunjukkan betapa kreatif dirinya men”design” icon, web design. Boleh menambah pendapatan kita.
Ilmu. Blogger juga terdiri dari insan yang berkaliber. Ada yang sedang menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah, programmer, engineer, dan banyak lagi jawatan hebat yang lain. Pengisian dalam blog mereka juga banyak yang berbentuk ilmiah. Ada juga yang meletakkan ilmu-ilmu Islamik. Ada juga pada satu-satu masa, bila kita baca blog rakan kita, kita akan mudah tersentuh dan insaf. Rasa terharu dan simpati. Kemudian muhasabah diri semula. Tak kurang juga yang meletakkan info-info tentang gadget terkini dan juga software yang entah dari mana mereka tahu yang kita tak tahu. Indah bukan?

Itulah serba sedikit tentang blog.

ikoko: Geram di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah. Cinta di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah.

Kaki Library

Dulu bila dengar je member nak pergi library, terus je jiwa aku macam nak gugur. Otak jadi lemah. Paling malas pergi library. Padahal pergi library untuk kepentingan diri sendiri juga. Mencari bahan-bahan untuk tugasan yang diberi oleh pensyarah. Rungut demi rungutan dalam hati. Soalan seperti “Lama lagi ke My? Banyak lagi ke nak cari?” sering diajukan pada My. Aku berwajah tertekan waktu tu. Rasa macam suatu yang sengsara bila berada dalam perpustakaan.

Lain pula dengan situasi yang aku sedang lalui sekarang ni. Kaki Library. Faktor kerajinan yang menjadi punca sehingga aku menamakan diri sendiri dengan nama “kaki library”, sudah tentu disebabkan adanya Wireless UPSI Jaring dengan kelajuan 54Mbps. Hari-hari turun ke perpustakaan pun aku sanggup. Demi setitik internet.

:p

ikoko: Jiwa bergelora, inginkan perfume DKNY. Mungkinkah semester depan baru tercapai hasrat tu? Atau simpankan sahaja niat tu sehingga waktu itu?

Adding Serverfreak, Advertlets, and Nuffnang Ads

ServerFreak Web Hosting Solutions

Since one hour ago I’m thinking hard of which part of my blog is suitable for advertisement corner. Finally I’m adding Serverfreak.biz ads (affiliate programs), and also the Advertlets.com Ads at the bottom of my Main Index Template.

ourlogo.jpg

How about Nuffnang Ads? You will see the Nuffnang Ads at comment area. Actually, I decided to put all the advertisement at the end of my Main Index Template; together with Serverfreak.biz and Advertlets Ads but the size is too width.

ikoko: Macam tamak je bunyinya kan? Hohoho. Apapun, ni pun usaha untuk dapatkan duit gaks kan. Alhamdulillah, setakat ni, dapat kumpul RM6.56 untuk Nuffnang Ads, manakala RM12.53 untuk Advertlets (maybe sebab dah lama guna), dan jika ada rezeki, dapatlah RM30 or above untuk setiap pembelian hosting yang dibuat oleh “pengklik” iklan Serverfreak yang baru je aku daftar siang tadi. :D Sekian sahaja. Berita melaporkan. Chalo~!!

Recently updated on Nuffnang and Advertlets blog

Serverfreak.biz

I’m using this hosting. No problem exist since I’m using it. Wanna try?

ServerFreak Web Hosting Solutions

 
Page 1 of 1012345»...Last »