How many entry? 7
Start from now, how many entry that you can make in this few minutes. Take this challenge, dude. ;) Hey, its fun. Come on.
Tags: blog, Blog AddictedStart from now, how many entry that you can make in this few minutes. Take this challenge, dude. ;) Hey, its fun. Come on.
Tags: blog, Blog AddictedHarini baru aku tahu yang bila kita nak upgrade WordPress kita ke version 2.7, ia bukan hanya sekadar upgrade macam tu je. Kalau macam selalu, aku memang malas nak baca entry yang ditulis oleh pihak wordpress. Tapi versi kali ni buat aku tertekan dan sakit-sakit kepala. Uhuhu. Dah lama tak main-main dengan code segala.
Ada sesetengah wordpress plugin dan theme yang tak compatible dengan WordPress 2.7. WordPress ada lakukan banyak perubahan dengan wordpress 2.7. So, kepada sesiapa yang nak check sama ada theme/plugin korang compatible dengan wordpress yang korang sedang guna ni, boleh la pi kat Plugin Compatibility dan Themes Compatibility.
Satu lagi, wordpress 2.7 dah ada features yang kebanyakkan blogger suka, iaitu “comment threaded” dan randomize avatar/gravatar untuk visitor yang tiada gravatar sendiri di bahagian komen. Semua ni boleh dienablekan di bahagian Settings >> Discussion. (Thanks Derek for the info).
Sekarang ni, yang setakat aku jumpa la kan. Hanya Theme Grid Focus sahaja yang boleh kata 100% compatible dengan wordpress 2.7 ni.
Aku sayang giler dengan theme lush(wide) yang aku guna sebelum ni. Tapi apa boleh buat. Aku dah cuba sedaya upaya untuk fixed theme tu, tapi tetap gagal. urgh. So, aku ambil jalan pintas, guna je Grid Focus ni. Senang hati.
Tinggal nak susun sidebar je. Aku belum sumbat Msjbox aku sebab nak kena edit lagi colour Msjbox tu. Dalam masa yang sama, boleh pula aku lupa nama software yang aku selalu gunakan untuk matching kan colour. Aihs… What to do aa? Continue later la.
ikoko: Kesian mak tunggu aku dari pagi tadi untuk turun Kluang. :(( I’m sorry mom. Hati tak berapa nak senang selagi blog tak ok. Ni aku tak habis-habis berdebar-debar sambil ugprade wordpress. Dah kenapa la kan? Ye la, nak upgrade cepat-cepat sebab nak kejar masa.
Tags: blog, Blog Addicted, wordpress, wordpress 2.6, wordpress 2.7, wp 2.7I just know about this Official GMail Blog. You can get News, tips and tricks from Google’s GMail Team and friends in this url; http://gmailblog.blogspot.com/.
This is the latest entry of their blog; 9 Reasons to archive.
Tags: blog, Blog Addicted, email, GMail, googleThanks to Nuffnang! I’m just received an email from Nuffnang. Need to go to HSBC to get my payment.

ikoko: Bila dah dapat bayaran ni, aku terus letak advertisement diorang semula. Miahahah! Takdelah. Ingatkan aku tak layak dapat bayaran bila dah letak iklan diorang tu. Tapi rupanya, aku benar-benar dapat! Yahoolahai!! Ini bukan entry copy paste, tapi ini entry perkara yang benar-benar berlaku. Baru je dapat email dari diorang. Berformat PDF.
Tags: advertisement, blog, Blog Addicted, NuffnangAku tiba-tiba je terbuka hati nak tengok incoming links tadi ni. Skali tu tengok, cis. Ada orang tag aku. Nasib baik dah buat lima dulu. Dulu aku kena tag by Korokmu, tapi sekarang.. aku ditag oleh Emptyspace pulak. Cis. Sabar je la kan.
1. Pernah jatuh dari keretapi masa umur 5 tahun. Masa tu keretapi dah bergerak. Nasib baik lengan je yang tercedera. Alhamdulillah masih bleh bernafas sampai sekarang. (rasa macam pernah cakap je mende ni kat blog ni dulu).
2. Suka minum kat Roibo, especially Hot Chocolate + Pudding. Huwaa.. dah lama tak pi situ. Selalu nak pi, tapi nanti mesti adik tak bagi sebab tak mengenyangkan + expensive.
3. Telinga tak bertindik dan tak terfikir nak tindik telinga. Lol~
4. Tengah lost in space, dan jadi seorang pendiam sekarang ni.
5. ….rahsia.
6. Aku belum daftar sebagai pengundi. Taktau bila mau daftar. Daftar kat Tanjung Malim je kot nanti. Ntah la tatau bila.
7. Aku baru je ambik kursus kawen haritu. Uhuhuhu. Kenyit mata kat Lila. (Mesti kena marah ngan Lila pasni.. kehh3). Aku buat ngan housemate a.k.a classmate aku haritu.
8. Aku belum tukar versi wordpress 2.3.3 untuk wordpress aku ni. Baru je release beberapa minit atau jam yang lalu.
Mangsa berikutnya:
1. Nashrex – Selamat Pengantin Baru. Uhuxz.
2. Lila – Studyholic.
3. Totin – Cute Doctor.
4. Sob – Punya kucing yang sangat putih~!!
5. Mohd Ismail – Penulisannya penuh dengan ilmiah.
6. Syia – A new friend of mine. hi Syia.
7. Anasxz – Lama tak dengar berita.
8. Fath – Punya studio sendiri sekarang ni.

Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai wawasan? Siapa kata dengan berblog kita tidak mempunyai kehidupan? Tengok sajalah, berapa ramai yang sudah berjaya memperoleh duit yang beribu-ribu banyaknya dengan hanya berblog. Dan tengoklah betapa gembiranya aku bersama rakan-rakan ketawa bila dipanggil dengan nama blog kami masing-masing.
Janganlah kamu memandang rendah kepada blogger. Kami adalah ramai. Kami semua mempunyai tujuan yang sama. Mengemaskini blog supaya anda semua terhibur dengan penulisan kami. Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari kami, ayuh! Bukalah blog anda dan beritahulah kepada kami semua.
(oleh Cypher dalam “entry”nya yang bertajuk “makin hari makin ramai menjadi blogger“
Mungkin sudah ramai yang tahu tentang blog. Mungkin juga ramai menganggapnya hanya website biasa. Mungkin juga ada yang menganggap ia suatu yang merepek. Suatu kerja yang bodoh. Begitulah anggapan ramai.
Apa pun, tak kenal, maka tak cinta. Anggapan orang, itu hak mereka. Tak kisah la. Masing-masing ada dunia hiburan masing-masing. Blogging bukannya suatu kerja yang hina. Bukan juga suatu kerja yang membuang masa. Itu pendapat aku. Amat pantang bila ada yang pandang rendah dengan dunia blog. Amat marah.
Majalah PC Keluaran Februari 2008 ada memberikan 10 sebab untuk blog (Muhamad Nizam Ahamad,2008).
Emosi. Aku selalu luahkan rasa ketidakpuasan, geram, dan sedih. Kadangkala gembira. Blog umpama kawan baikku. Walau tak bernyawa. Tapi kehadiran rakan-rakan pengunjung menjadikan blog ini tampak hidup.
Ekonomi. Dulu aku kononnya taknak blog aku kotor dengan advertisement. Kononnya bila pasang advertisement, nampak sempit blog. Tapi aku pakai juga akhirnya. Hihi. Alhamdulillah. Sudah dapat menjana sejumlah duit dari situ. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Diari. Ada sesetengah, malah boleh dikatakan majoriti pengguna blog menjadikan blog sebagai dairi online mereka. Tapi bab ni aku failed. Aku gagal jadikan blog aku sebagai diari. Kisah tentang realiti suka duka kehidupan.
Benchmark. Menurut Muhamad Nizam Ahamad(2008), blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang anda pernah lalui dan mungkin bakal anda rancangkan suatu hari nanti.
Portfolio. Ini mungkin credit bagi graphic designer dan sewaktu dengannya. Atau sesiapa sahaja bertindak menyenaraikan portfolio mereka dalam bentuk digital. Senaraikan di dalam laman web. Ini akan memudahkan pihak syarikat yang ingin melihat portfolio kita dengan kadar yang segera.
Kenalan. Tidak dapat dinafikan bila kita mempunyai blog, ramai kenalan baru yang kita akan jumpa. Tanpa blog, mungkin seorang dua sahaja rakanku. Tiada kenalan baru dari tempat dan status berbeza. Terima kasih blog.
Komunikasi. Tahap kemahiran komunikasi kita juga akan bertambah dengan wujudnya blog. Keyakinan diri juga bertambah apabila kita membincangkan dan mengetengahkan sesuatu isu. Berdebat secara maya dengan orang yang tak dikenali.
Minat. Aku tidak gemar menulis. Tapi gemar melukis, meng“capture” gambar. Mungkin tidak dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah ia memuaskan hatiku sendiri.
Menjual diri. Aiyak. Jangan salah sangka. Bukan “itu” yang aku maksudkan. Tapi, ingin menerangkan bahawa, dengan blog juga, kita boleh memperkenalkan diri kita kepada umum. Kemampuan diri, kepakaran diri. Contohnya, ada sesetengah blog menunjukkan betapa kreatif dirinya men”design” icon, web design. Boleh menambah pendapatan kita.
Ilmu. Blogger juga terdiri dari insan yang berkaliber. Ada yang sedang menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah, programmer, engineer, dan banyak lagi jawatan hebat yang lain. Pengisian dalam blog mereka juga banyak yang berbentuk ilmiah. Ada juga yang meletakkan ilmu-ilmu Islamik. Ada juga pada satu-satu masa, bila kita baca blog rakan kita, kita akan mudah tersentuh dan insaf. Rasa terharu dan simpati. Kemudian muhasabah diri semula. Tak kurang juga yang meletakkan info-info tentang gadget terkini dan juga software yang entah dari mana mereka tahu yang kita tak tahu. Indah bukan?
Itulah serba sedikit tentang blog.
ikoko: Geram di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah. Cinta di hati, terkadang tak siapa pun tahu. Sabarlah.
Tags: blog, Blog Addicted, blogger, blogger template, blogskin, EmotionWordpress Themes sponsored by BlogPerfume
Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com