
Rengit Cafe, Carrefour
Boros. Nilah akibatnya tak plan apa yang nak dibeli. Main grab je apa yang terasa nak beli. Duit mana dapat? Kawan aku cakap, PTPTN dah habis pun, aku still ada duit. Aiyak. Tapi duit, banyak mana pun, mesti habis juga kan, nanti? .


Kitorang ada buat reunion sikit pagi tadi. Ala.. kecil-kecilan je. Takdenye parti joget lambak ke tango ke. Ada la dalam lima orang yang hadir. Ada beberapa orang lagi tak dapat hadir. Aku ingatkan jumpa ni sekejap je. Sekali tu, hambek ko.. kitorang bantai bershoping sana-sini. Kitorang? Heh, aku je yang banyak beli benda mengarut. Bak kata kawan aku sorang tu, “membazir”. Tapi aku dah lama inginkan benda ni sebenarnya. Asyik tahan je. Ni dah sekali-sekala keluar dengan kawan, grab je la. Singgah di SKIN FOOD tadi. Beli White Glimmer Stick dan Seaweed Cleansing Cream. Ok ler tu kan? At least kalau ada function ke, event ke, atau kalau aku mengada-ngada nak melaram, bleh la pakai.

Tahukah anda bahawa muka kita akan nampak tak bermaya dan boleh nampak lebih tua dengan adanya wrinkles pada muka kita akibat kita tak guna make up remover? Ramai yang sangkakan takde make up remover pun takpe, asalkan cuci muka. Tapi semua ni S.A = SA, L.A.H = LAH. Salah~!! Caranya, sebelum korang cuci muka korang dengan cleanser foam yang korang selalu guna, korang mesti bersihkan muka korang dengan make up remover dulu. Cuci la cam biasa. Kalau guna skin food Seaweed Cleansing Cream ni, korang ambik sket, guna satu jari korang. Pastu campur la sket dengan air. Then, sapukan pada muka korang. Cuci la muka korang ala-ala cuci guna cleanser foam. Dah selesai semua, baru korang cuci muka korang macam biasa guna cleansing foam korang.

Oh yer, dan last sekali, kitorang pi Kedai Buku Popular. Aku beli novel Rahsia Secebis Nota oleh Suhairi Awang. Sinopsis cerita ni adalah seperti di bawah ni.
Amir pria naif – diduga kemelut kehidupan. Ketika dirinya menyemai harmoni kasih bersama teman-teman yang memahami, ada dendam pihak yang tidak menyenangi. Yang benci dengan kekosongan yang dimiliki.
Secebis nota usang membongkar rahsia peribadi. Susur leluhur yang terpintal rapi terlerai, menjadi duri. Bagiakan hidup lebih baik mati, kerana maruah diri di peolost sebawah-bawahnya.
Demi takdir yang telah tertulis, Amir harungi jua getir kehidupan dalam pencarian diri yang perit.
Tadi terniat nak cari buku karya A. Samad Said atau Shahnon Ahmad, tapi aku malas nak tanya akak-akak, brader-brader yang sibuk kemas buku. Ntah diorang nak clear stock buku lama-lama agaknya. Biasala, dah akhir tahun. Lagi-lagi pula harini hari Sabtu, sebelum menjelma Christmas. Sure la ramai kan yang pi membeli-belah. Aiyak.. apsal aku cerita terpesong sampai sini ni? Aku hanya nak beritahu yang aku tertarik dengan buku karya Suhairi Awang ni sebab tulisannya yang tidak berbunga. Sekarang dah sukar nak cari penulisan novel yang tidak terlampau berbunga.
Oh yer, tak lupa juga. Aku beli MENTOS YOGURT kegemaran aku & shah. Nyam-nyam. Kat BP ni susah sangat nak jumpa Mentos ni. Setakat ni yang aku jumpa kat POPULAR ni je la.
continue reading »
Tags:
BP Mall,
Emotion,
Eye Shadow,
Make Up Remover,
Reunion,
Skin Food