Apr17
Aku baru je tukar nombor tadi. Untuk kali ke-2 tukar nombor postpaid. Lepas je tukar nombor, ingat nak terus bayar bil guna machine kat tepi counter tu.
Key-in number phone baru, tengok, terpampang nama Encik Indera Bin **lupa la**. Wargh! Aku dah malu dah nak pi counter tu semula, sebab orang yang uruskan penukaran nombor aku tu adalah orang yang sama tukarkan nombor aku masa first time.
ikoko: Nape la pihak celcom tak hapuskan nama pemilik nombor asal. Kan dan susah sekarang ni. Aiyak. Nak check bill aku online pun dah taktau camner sekarang ni. em.
Dec9

Aku rasa zaman sekarang ni, kalau tukar-tukar nombor telefon dah tak jadi hal besar pun. Dah macam lampin pakai buang. Heh.
Ni pun aku jumpa kat blog ayie yang entrinya bertajuk Happy Mobile Prepaid Service Cerita pasal package HAPPY. DiGi punya idea la ni. Memang nampak macam gempak pun.
Tak kurang juga, Mohdismail pun ada cerita pasal talian gembira ni. Entrinya bertajuk, Prabayar Happy – Masa Untuk Berubah.
Nak tau lebih pasal talian yang gembira super duper ni? Bleh la korang layari sendiri di http://www.happy.com.my/. Laman dwibahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
ikoko: Aku baru je beli dua nombor baru, untuk Celcom dan Hotlink. Bleh plak masa ni jugak DiGi kluarkan package HAPPY ni. He eh~! Sabar je la. Isk. Abang aku sampai pening ngan aku. Setakat ni je dah 7 kali aku tukar nombor, seingat dia. Tu nombor yang aku bagitau dia. Yang tak bagitau? Heh.. Mau berbelas hagaknye~!!