Tag charity fund

Kelas Fotografi 260209 3

Jan30

Farol kah ini?

Parit Haji Khasan Jegol. Mencarinya membuatkan aku tersilap jalan. Boleh pula aku masuk jalan Parit Botak. Dah kenapa lah kan? Tu jalan nak ke Benut. Aih aku ni. Konon-konon masa tu hafal map, yakin je masuk jalan ke Parit Botak tu. Uhuhuhu. Ntah kenapa dalam map kat kepala aku, ada nama Parit Botak. Aihshh.. Jadi, terpaksa menghubungi Ayie a.k.a Slax.

Konon-konon faham apa yang diberitahu oleh Slax. Cari sekolah dan masjid. Dah jumpa, tapi macam dah menyimpang jauh je. Ahahha.. :)) Salah jalan lagi. Kali ni tersasar ke depan. Aku dan tunang boleh pula terus masuk jalan ke Segamat sana tu. ahaha :)) …

picture-6161

Lama masa yang kami ambil untuk ke destinasi sebenar. Pukul 2.30pm baru sampai ke destinasi sebenar. Nasib baik kelas belum mula lagi. Kelas dimulakan pada pukul 3.00pm. Cikgu Shazli mengajar tentang cara untuk mengambil gambar portrait, dan banyak lagi teknik-teknik yang lain. Orang lain semua guna DSLR. Huhu. Aku pula hanya bawa camera adik, Canon A570 IS. Ohokz. Encik Ayie, Achmal, dan Cikgu Shazli juga ada betulkan setting camera tu agar boleh di”detect” oleh Set Lighting yang dibawa oleh Cikgu Shazli. Terima kasih banyak-banyak. Antara yang hadir pada hari tersebut En. Shazli, Yana Harmila, Aku & Tunang, Farol Razi, Epul, Azhar Saad, Zairulmiza, Nursyidatulakmal, Safril, Zack, Mohd Shahir Sharom, Mohd Azam, Mohd Razali, Cikgu Awal, Are Team, dan Jai.

picture-6071

Jadi, inilah hasilnya. :p. Tak berapa mahir lagi la. Angle pun tak berapa ok. Patut semuanya vertical, bukan horizontal. Ish.

Nak tengok yang lain-lain, boleh tengok di http://azlina.net/gallery.

Tags: , ,

Mari Belajar Fotografi Sambil Menyumbang 15

Jan20

Idea ini ditulis oleh Mr.Slax a.k.a Mohd Razali pada 20 Januari 2009. Masih fresh lagi idea ni. Ia dianjurkan oleh pihak http://www.ayerhitam.com. Sedikit info mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah seperti berikut:-

Topik: Teknik Asas : Potret
Lokasi: Rumah Antik, Kampung Parit Khasan, Ayer Hitam, Johor.
Tarikh: 26 Januari 2009
Masa: 3.00 petang

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Mr. Slax sendiri melalui emailnya iaitu hi@mohdrazali.com ataupun talian telefon bimbitnya 012 – 733 3960.

Saya difahamkan, bagi sesiapa yang lebih arif dan profesional dalam bidang ini, anda dialu-alukan menyumbang idea dan tunjuk ajar pada hari tersebut.

ikoko: Jom belajar. :)

Tags: , , , , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com