Tag Ironman

Movie Runner 11

May2

IRONMAN, Tony Stark

12.00 tengahari =
Bleh tahan best. Sangkaan aku betul-betul meleset. Dulu masa tengok trailer, aku tak bape berkenan sebab aku memang tak bape suka dengan cerita robot-robot ni. Tapi bila tengok muka Robert Downey Jr. serta lakonannya yang sangat macho itu, mata aku jadi fresh untuk teruskan tengok cerita tu. Mamat ni melakonkan watak “Tony Stark” ataupun IronMan dalam cerita ni. Kisah seorang mamat yang terfikir akan apa yang SEPATUTNYA dibuat olehnya, serta seorang rakannya yang pembelot dan tikam belakang. Babak lawan-lawan macam biasa. Tapi kesan grafiknya sangat best dan macho. Huhu. Oh yer. Ada juga part kelakar dalam cerita ni.

4.15 petang =
Best. Banyak lawan-lawan. Tapi, ntah nape tadi, bleh plak aku sangat ngantuk dalam panggung wayang tadi. Bleh tertidur 2 KALI. haha. Aku tengok shark kat sebelah, tekun giler tengok wayang. Macam tengok berita. Khusyuk sangat-sangat. Aku bleh layan tidur. :P Ngeh. Apa pun. Bleh tahan lawak ar citer ni.

Nak tengok trailer? Bleh la cari sendiri kat google. :P

Sekian. Berita melaporkan.

ikoko: Esok dah nak balik Tanjong Malim. Aku tak baca satu apa pun lagi untuk Seni aku ni. Warf! Tolong~!! Tolong~!!

ikoko2: Apakah yang menyebabkan seseorang tu selalu sangat nak tidur? Selalu sangat mengantuk? Aku risau la diri aku camni. erm.

ikoko3: Badan Shark dah mula susut. Badan aku, bila lagi? Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!! Banyak dah tanya tips dari dia. Thanks Shark! Perhatian, aku hanya bleh dengar nasihat dia kalau bab-bab macam ni. Motivasi dari tunang dan kawan-kawan sekeliling, especially Kak Ila ngan My. Really love it. :)

ikoko4: Aku dah mula buat sedeqah barang-barang pemberian ex. Cepat, sape nak, bleh bagi alamat pada aku. Eh, ada orang nak ke? Setakat ni, citer Korea Love Story in Harvard, aku dah beri pada My.

Tags: , , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com