Dec31
Pendaftaran Pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), kena daftar kat Pejabat Am FSKPM (Bangunan Hijau – IPSI). Dulu kat Dewan Peperiksaan (Perpustakaan Lama).
Hoho.. So, cut the crap :-
Tempat : Pejabat AM FSKPM
Tarikh : 5 Januari 2009 (Yahooo!!)
Waktu : 0900 – 1230, 1400 – 1700
Lain-lain fakulti, boleh semak sendiri di http://web.upsi.edu.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=44 9&Itemid=222 .
ikoko: Eh, apsal setiap semester kena buat entry yang serupa ni? Eh, aku dah suka nak buat info pasal ni, sukatila. Wakakaka.
Tags:
Emotion,
upsi
Mar13

Korang tau tak cara-cara buat tanah liat sendiri? Bagi mereka yang memang mengambil pengkhususan bidang seni, pasti tahu. Tidak kurang juga yang mengambil Pendidikan Seni sebagai subjek bidang tumpuan. Sudah masuk minggu ke-4 kami meng“explore” pelbagai jenis Kreativiti Seni untuk Kanak-kanak khususnya Kanak-kanak Syndrome Down, Slow Learner, Hyperactive ataupun ADHD.
continue reading »
Tags:
Event,
seni,
tanah liat,
upsi
Mar10
Dah dua minggu aku tak update blog ni. Situasi aku sibuk sangat. Seperti orang lain juga. Assignment bertimbun. Assignment yang bukan setakat type, print dan binding. Tapi kena buat presentation yang seperti satu persembahan di malam kebudayaan.
Presentation yang aku maksudkan tu ialah presentation untuk subjek BM Kesusasteraan (BRS3023). Alhamdulillah, group kami (Kumpulan 11) selesai buat persestation tentang Sajak yang ditulis oleh Zaiton Ajamain (Buku Sajak Bagai Layang-layang) pagi tadi.
Petang ni kami akan adakan perjumpaan untuk membincangkan tentang Presentation untuk Prosa pula. Drama menjadi pilihan kumpulan kami.
ikoko: Doakan semuanya berjalan lancar.
Tags:
Emotion,
sajak,
upsi
Feb4
Hirup. Segar. Udara. Nyaman.
Sekarang aku enak berada di atas katil. Duduk sebentar. Baru lepas menyelesaikan satu tugasan membalas forum di Myguru. Ini sudah kali kedua pensyarahku mengeluarkan tajuk. Mungkin kamu juga boleh mencuba untuk menjawabnya.
FORUM 1
Mulai 11 Jan – 24 Jan 2008. Multimedia kerap diperkatakan sebagai sesuatu yang boleh membantu guru dan pelajar meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan pandangan anda berasaskan bacaan anda mengenainya.
FORUM 2
Mulai 25 Jan – 8 Feb 2008. Apakah yang anda faham tentang literasi visual?. Bincangkan kepentingan literasi visual dalam konteks penghasilan bahan instruksi. Pastikan hujah-hujah yang anda beri berlandaskan pengetahuan.
(Oleh Razmah Man di dalam forum untuk subjek “KPT2063 – Rekabentuk Instruksional Dan Teknologi” di Myguru)
Submit. Selesai satu tugas.
Kami sedang bercuti seminggu sebenarnya. Baru sahaja mula bercuti pada Jumaat 1Februari2008 yang lepas dan tamat cuti pada 10Februari2008. Semoga cuti kalini terisi dengan baik. Kalau orang lain boleh membahagikan masanya dengan baik, antara dunia realiti dan visual, aku juga ingin begitu. Jejak langkah mereka yang sudah berjaya. Cemerlang.
Cemerlang. Mengaku. Aku. Bukan.
Jika dikaji cara dan gaya hidup aku sekarang, ya, aku akui. Bukan lagaknya sebagai seorang yang cemerlang. Ish. Mencaci diri ke begini? Bukan. Cuma melihat diri.
Batuk menggila. Nak jalan senang lenang pun terbatas. Nak je bersihkan tekak ni guna vacuum. Sedut segala isi yang sarat. Menggatalkan tekak. Alhamdulillah telinga dah ok. Cuma masih terasa seperti ada yang menyekat. Nasib baik sebelah je. Kalau dua-dua belah? Nauzubillahiminzaalik.
ikoko: Banyak perkara perlu diselesaikan, dibincang, dibuat keputusan, disusun atur, dan disemak. Agar tak kelam kebut akhirnya.
Tags:
Emotion,
forum,
upsi
Jan25
Dulu bila dengar je member nak pergi library, terus je jiwa aku macam nak gugur. Otak jadi lemah. Paling malas pergi library. Padahal pergi library untuk kepentingan diri sendiri juga. Mencari bahan-bahan untuk tugasan yang diberi oleh pensyarah. Rungut demi rungutan dalam hati. Soalan seperti “Lama lagi ke My? Banyak lagi ke nak cari?” sering diajukan pada My. Aku berwajah tertekan waktu tu. Rasa macam suatu yang sengsara bila berada dalam perpustakaan.
Lain pula dengan situasi yang aku sedang lalui sekarang ni. Kaki Library. Faktor kerajinan yang menjadi punca sehingga aku menamakan diri sendiri dengan nama “kaki library”, sudah tentu disebabkan adanya Wireless UPSI Jaring dengan kelajuan 54Mbps. Hari-hari turun ke perpustakaan pun aku sanggup. Demi setitik internet.
:p
ikoko: Jiwa bergelora, inginkan perfume DKNY. Mungkinkah semester depan baru tercapai hasrat tu? Atau simpankan sahaja niat tu sehingga waktu itu?
Tags:
Blog Addicted,
Emotion,
upsi
Dec27
Anda boleh check result anda di http://mysis.upsi.edu.my.
Sebab, http://myupsi.upsi.edu.my tidak dapat diaccess dan link atau URL yang disarankan; iaitu http://portal.upsi.edu.my juga tidak dapat dilayari buat masa ni.
Oh yer, sekiranya laman yang disebutkan di atas ni sudah boleh di”akses” seperti biasa, sudilah kiranya kamu maklumkan kepada saya dengan menggunakan ruang komen di entry ini.
Dah boleh check guna http:portal.upsi.edu.my & htpp://myupsi.upsi.edu.my.
Sekian.
ikoko: Harap pemberitahuan ni dapat bantu sesiapa yang masih belum dapat tau result untuk sem lepas. Tahniah kepada semua walau apa jua result yang korang dapat. Good luck untuk semester-semester seterusnya atau kehidupan korang untuk praktikal/praktikum mahupun bila korang bergelar cikgu sebenar nanti. Cheers~!!
Tags:
Keputusan,
Peperiksaan,
Prihatin,
Result,
upsi
Dec20
Untuk semua pelajar UPSI, korang dah boleh daftar pada 2hb Januari 2008. Pada awalnya memang 31hb Disember 2007, tapi ia ditunda kepada 2hb Januari 2008. Sambunglah keseronokan korang hokeh.
Bukti? Bleh ar baca sendiri kat http://student.upsi.edu.my/umum/ismp.html.
OOOOOPPss… Baru je perasan ni.. bagi pelajar-pelajar dari Fakulti Ekonomi, dan Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, tarikh pendaftaran korang adalah pada 1hb Januari 2008 seperti yang diberitahu di http://www.upsi.edu.my/umum/fpe.html.
Fakulti Ekonomi = Dewan Sri Tanjung
Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia = Dewan Perpustakaan Lama
Tags:
Emotion,
upsi