Tag Weblogscentre

Rebranded WBC 11

Nov17

Dulu dikenali sebagai “Weblogscenter” dan dikendalikan oleh seorang dari rakan blogger kita yang sudah lama menyepi iaitu Mr.Syaiful. Ia ditubuhkan pada kira-kira 2 tahun yang lalu. Namun aku pasti, atas sebab-sebab tertentu, tersebut terkubur. Sedih juga. Harap sampai pada pengetahuan Mr.Syaiful tentang berita baru kebangkitan semula ni.

Sekarang ni, sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali.

Kepada yang masih baru ataupun telah lama berkecimpung dalam dunia blogging, bolehla menjinak-jinakkan diri anda dalam laman tersebut di http://www.weblogscentre.com. Jangan risau, rakan-rakan di situ semuanya friendly. Jomla kongsi ilmu. Nak tanya soalan yang remeh-remeh pun boleh. Mesti ada je orang akan jawab di nanti. :)

ikoko: Cypher, ni aku dah promote. Milo Ais Kaw-kaw satu please! :P

Tags: , , ,

Bless is powered by WordPress and FREEmium Theme.
developed by Dariusz Siedlecki and brought to you by FreebiesDock.com